MELANCONG tanpa bekerja atau berhenti kerja untuk menjelajah mungkin menjadi impian segelintir individu. Namun adakah impian tersebut boleh dicapai?
Ya, bukan perkara yang mustahil apabila muncul sepasang kekasih dari Singapura yang membuat keputusan berhenti kerja untuk menjelajah menggunakan wang simpanan yang ada.
Akan tetapi bertindak tanpa persediaan dan tidak perancangan yang benar-benar rapi tidak mendatangkan manfaat yang berpanjangan.
BACA LAGI: Apa yang berlaku jika tak ikut arahan kru kabin, terutamanya berbaring ketika kapal terbang mendarat
BACA LAGI: Pusat akuatik baharu di Bandar Tun Razak dijangka siap 2030, telan belanja RM50 juta

Tangkap layar di platform TikTok.
Menerusi hantaran video di TikTok pasangan tersebut @cass_isaac, pengembaraan mereka hanya mampu bertahan selama 36 jam saja, selepas membuat keputusan untuk berhenti kerja dan pergi menjelajah keliling dunia.
“Hidup dalam impian selama tepat 36 jam. Sertai kami dalam perjalanan singkat tetapi tidak pernah dilupakan untuk meraikan matlamat pasangan korporat dan pengembaraan hubungan yang penuh makna dan kenangan manis,” katanya kapsyen video.
Kemudian, mereka menyatakan bahawa impian tersebut tidak kekal lama.
“Tunang saya dan saya berhenti kerja untuk mengembara ke seluruh dunia sepanjang hayat kami sehinggalah kami kehabisan wang. Saya anggarkan kami akan kembali bekerja esok di Raffles Place pada 9 pagi,” tambahnya.
Rata-rata warga maya meluahkan perasaan mencuit hati dan berasakan ia adalah sebuah pengambaraan yang kelakar dan tidak masuk akal.
“Hidup ini singkat, jadi kita mesti habiskan semua wang kita, dan selepas itu kita masih hidup,” ujar seorang pengguna media sosial yang menggunakan nama @sn1282796 di ruangan komen.
Akan tetapi, dunia kini penuh dengan warna-warni dan kebijaksanaan dalam mencipta isi kandungan atau ‘konten’.

Tangkap layar ruangan komen di Instagram.
Menerusi hantaran di Instagram Asia Feed, terlihat individu di dalam video tersebut menyatakan video tersebut hanya sekadar hiburan kerana berbentuk 'content'.
“Hai semua itu saya, ia sekadar melawak. Apa-apa pun kami berdua suka kerja kami,” kata pemilik akaun @isaactanws yang dipercayai tuan kepada video tersebut.
Maka, video tular tersebut adalah sekadar hiburan dan bukannya perkara sebenar. Jadi jangan sesekali terus percaya dengan setiap isi kandungan yang dikongsikan.
Asasnya, zaman ini media sosial digunakan sebagai platform untuk berhibur. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
