Dummy buckle tingkat risiko kemalangan tapi masih ramai pemandu salah guna  


  • Relaks
  • Isnin, 23 Jun 2025

Tonton PSA Majoriti tentang penggunaan alat penyah aktif tali pinggang keledar

REKAAN dummy buckle dicipta bagi memudahkan pemandu bersaiz besar memakai tali pinggang keledar.

Namun kini ramai pemandu menyalahgunakan dummy buckle sebagai alat untuk menyah bunyi amaran tali pinggang keledar dan tak kurang juga menyenangkan sikap sesetengah pemandu yang rimas memakai tali pinggang ketika memandu.

Adakah ini suatu penyelesaian hingga sanggup menggadai nyawa ketika memandu?

 

 

BACA LAGI: Adrenalin Menara Alor Setar tawar uji daya anderlin

BACA LAGI: [VIDEO] Musim candat sotong di perairan Pantai Timur 'syurga' buat kaki pancing

 

Penggunaan dummy buckle juga boleh membatalkan polisi insurans. 

Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) sebelum ini telah mengeluarkan amaran terhadap penggunaan dummy buckles.

Bukan itu sahaja, malah Menteri Pengangkutan Anthony Loke juga pernah memberikan amaran yang sama.

Katanya, denda mencecah sehingga RM2,000 atau penjara maksimum satu tahun, atau kedua-duanya sekali, bergantung kepada kesalahan boleh dikenakan terhadap pemandu ingkar. 

Difahamkan juga, penggunaan dummy buckle boleh membatalkan polisi insurans. 

Nampak mudah bukan tetapi nyawa yang dipertarungkan. Ikuti video PSA dari Majoriti jam 7.30 malam ini agar anda sentiasa beringat sebelum padah.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram