Tepis dakwaan anak ramai susah berbelanja, Alif Satar rancang legasi keluarga sejak usia muda


  • Relaks
  • Rabu, 07 Mei 2025

Alif Satar sentiasa merancang segala keperluan dari segi kesihatan dan kewangan buat seisi keluarganya.

DALAM dunia serba moden dan canggih kini, masyarakat khususnya Gen Z dilihat semakin gusar untuk menambah bilangan anak ekoran desakan kos sara hidup melampau.

Berkait rapat dengan isu perbelanjaan seharian dan sumber pendapatan yang kurang mencukupi, rata-ratanya beranggapan anak sebagai satu bentuk pelaburan yang memerlukan keberanian dan risiko jangka masa panjang.

Namun, bagi penyanyi dan pelakon popular Muhammad Alif bin Mohd Satar, 34, atau lebih dikenali sebagai Alif Satar, perkara itu sama sekali tidak mencetuskan rasa gentar apatah lagi gerun untuk memiliki anak.

BACA LAGI: Air mesin penapis tak selamat diminum bayi? Ketahui kaedah terbaik bancuh susu formula

BACA LAGI: 'A late bloomer', Syeikh Muszaphar kongsi perubahan anak ke-2 dari 'introvert' ke 'outspoken'

Menganggap ia sebagai satu anugerah tak ternilai dari tuhan, pelantun suara Akhiri Penantianku itu yakin dengan ungkapan 'rezeki anak' di samping tugas berat perlu dipikul sebagai ketua keluarga.

Jelasnya, perancangan keluarga merupakan salah satu tip paling penting dipegang sejak usia belasan tahun yang pada ketika itu masih belum bergelar selebriti tanah air.

Alif Satar dianugerahkan tiga cahaya mata sejak berkahwin pada 2014.

"Alhamdulillah, Alif daripada sekolah lagi mama dengan ayah banyak mengajar jadi mungkin kesedaran itu datang lebih awal untuk merancang keluarga dari segi kesihatan, kewangan dan simpanan.

"Kita sebagai orang Islam kita pun tahu yang rezeki itu ada dalam anak-anak jadi mitos yang kata takut dengan financial selepas ada anak tu Alif sendiri tak percaya, saya yakin bila lagi ramai anak, lagi besar rezeki kita.

"But most importantly itulah yang kita nak beritahu yang you always have to plan, kena sediakan payung sebelum hujan sebab kita tak tahu apa akan jadi masa akan datang.

"Mungkin ada yang isteri dekat rumah nanti bila dah tengok ni tanya suami ada planning tak, it should be a conversational thing bukan pada suami sahaja sebab kita nak besarkan anak sama-sama," katanya dalam satu temu bual eksklusif bersama Majoriti pada Selasa.

Merupakan duta rasmi Sun Life Malaysia, kajian dan tinjauan dibuat berkaitan perancangan legasi keluarga baru-baru ini jelas menunjukkan masih ramai yang belum cakna akan kepentingan hal itu.

Berdasarkan laporan diterima, sebanyak 65 peratus rakyat Malaysia masih belum membuat sebarang perancangan soal keluarga dan kewangan walaupun sudah memasuki pertengahan tahun 2025.

 

 

Tampil tegas menyatakan keperluan untuk setiap individu menjalankan tanggungjawab itu, bapa kepada tiga cahaya mata tersebut amat menitik beratkan kepentingan penjagaan kesihatan dan perlindungan wang simpanan kecemasan.

"Bila kita sebagai ketua keluarga bila kita pergi kerja, apa niat kita what is the mission our family, our children is our biggest motivation and you work so hard to achieve untuk diberikan kepada anak-anak kita.

"Alif nak beritahu sekarang ada yang pakej insurans serendah RM6 sebulan, dengan RM6 boleh ubah segala-galanya, dia sebenarnya tak ada alasan lagi untuk tidak ada perancangan keluarga.

"Bukan sahaja untuk diri sendiri, kalau mungkin setengah orang dia rasa tak akan ada keluarga, tak ada anak ke apa tapi bagaimana orang tua kita, tak tahu bil asakit jadi kalau ada perancangan macam ni Insya-ALLAH membantu," tambahnya.

Biarpun bergelar anak seni, Alif sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat dan pernah menyertai beberapa acara triathlon, termasuk Ironman dan Full Ironman.

Pencapaian itu menjadikannya antara selebriti Malaysia yang berjaya menamatkan cabaran sukan lasak tersebut, sekali gus membuktikan dedikasinya terhadap kecergasan dan ketahanan mental. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram