Air mesin penapis tak selamat diminum bayi? Ketahui kaedah terbaik bancuh susu formula


  • Relaks
  • Ahad, 04 Mei 2025

Kaedah bancuhan susu formula bayi amat penting bagi mengelak daripada sebarang jangkitan kuman ataupun isu kesihatan. — Gambar hiasan

SEIRING perkembangan teknologi semasa, kemudahan mesin penapis air juga banyak membantu dalam urusan penjagaan bayi.

Contoh terdekat kaedah bancuhan susu formula si kecil  yang kebanyakannya kini menggunakan air dari mesin penapis canggih.

Menjimatkan masa dan mudah dari segenap sudut, ia bagaimanapun dilaporkan kurang selamat untuk diminum golongan kanak-kanak dan bayi.

BACA LAGI: [VIDEO] Trend 50/50 lepas kahwin, UAI tegaskan isteri tak wajib keluar satu sen pun walaupun bergelar jutawan

BACA LAGI: 'A late bloomer', Syeikh Muszaphar kongsi perubahan anak ke-2 dari 'introvert' ke 'outspoken'

Mesin penapis air merupakan kaedah pilihan ibu bapa membancuh susu formula bayi.

Menurut garis panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), susu formula perlu dibancuh menggunakan air bersuhu sekurang-kurangnya 70°C darjah celsius untuk membunuh bakteria berisiko tinggi seperti cronobacter sakazakii dan salmonella, yang boleh menyebabkan jangkitan serius kepada bayi.

Boleh mengancam kesihatan si kecil, simptom dan gejala seperti keradangan otak, cirit-birit dan bahkan kematian juga mampu tercetus jika ia tidak dibendung.

Lanjutan itu, kebanyakan mesin penapis air di pasaran hanya menghasilkan air panas sekitar 50°C hingga 65°C, jauh daripada suhu selamat yang disarankan.

Berdasarkan laporan media antarabangsa, air yang terlalu sejuk boleh menyebabkan bancuhan susu formula tidak larut sepenuhnya.

Sementara itu, air terlalu panas pula berisiko mencederakan bayi atau lebih serius, gagal membunuh bakteria berbahaya.

Berikut merupakan antara kaedah dikatakan selamat untuk ibu bapa menyediakan bancuhan susu mengikut suhu air yang bersesuaian untuk si bayi.

1. Pemanas botol elektrik

Alat ini direka khusus untuk memanaskan susu atau air ke suhu ideal bagi bayi.

Mampu menghasilkan pemanasan pada kadar sekata dan konsisten, ia juga mempunyai

Ciri keselamatan yang mampu mengelak air terlampau panas yang boleh mengundang bahaya pada bayi.

2. Rendam air panas

Merupakan alternatif terbaik untuk ibu bapa yang tiada kelengkapan alat elektrik, susu bayi boleh direndam di dalam air panas yang dituang pada besen ataupun bekas.

Biarkan selama beberapa minit dan uji suhu pada kadar selamat iaitu 70°C.

3. Termos Flask

Pilihan terbaik ketika bercuti ataupun sedang memandu, air panas boleh disimpan dalam bekas termos dan disimpan dalam tempoh yang lama.

Apabila ingin membancuh, campur dengan air sejuk yang ditapis untuk capai suhu 70°C ke atas dan sejukkan sedikit sebelum diberikan kepada bayi.

4. Kaedah cerek elektrik

Kaedah pemanasan air melalui cerek elektrik merupakan paling selamat dan mudah masa kini.

Mudah didapati dan digunakan, capaian suhu melebihi kadar selamat berdasarkan tetapan WHO memudahkan urusan ibu bapa dalam membancuh susu formula bayi.

Namun, ia perlu dibiarkan sejuk terlebih dahulu selama kira-kira 30 minit untuk capai suhu sekitar 70°C dan memastikan

formula susu larut sempurna dan bakteria berbahaya dihapuskan.

5. Mesin penapis air

Menjadi pilihan ramai ibu bapa zaman moden, namun perlu diketahui bahaw abukan semua model mesin penapis air di pasaran sesuai untuk dijadikan bancuhan susu bayi.

Elakkan guna mesin yang hanya menghasilkan air panas sekitar suhu 50–65°C kerana ia tidak mencukupi untuk penyediaan susu formula selamat.

Sebaliknya, dapatkan mesin mempunyai tetapan ataupun ciri pilihan suhu antara 50°C hingga 70°C yang lebih selamat dan bertapis.

Justeru, apa sahaja kaedah yang dipilih, pastikan air mencapai suhu selamat semasa bancuhan kerana ia penting bukan hanya untuk melarutkan formula, malah demi keselamatan bayi.

Dengan penjagaan rapi dan kaedah yang betul, penyusuan susu formula bukan sahaja selamat tetapi juga satu perkara amat penting buat ibu bapa dan anak. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram