Bahaya abai 'detail scan', langkah awal kesan kecacatan genetik bayi seawal minggu ke-18


  • Relaks
  • Selasa, 06 Mei 2025

Imbasan detail scan cukup penting bagi mengenal pasti tahap kesihatan dan perkembangan janin bayi. — Gambar hiasan

TEMPOH sembilan bulan ibu hamil merupakan detik paling penting untuk kesihatan bayi dipantau bermula seawal usia kandungan minggu pertama.

Selain daripada pemakanan sihat, kandungan bayi juga perlu dipantau menerusi beberapa kaedah imbasan dan pemeriksaan khas di klinik bagi mengenal pasti perkembangan janin.

Namun, masih ramai yang kurang menyedari kepentingan menjalani imbasan sono ultra sound ataupun detail scan atas faktor kos tinggi dan kekurangan pendedahan kepada ibu bapa.

BACA LAGI: Air mesin penapis tak selamat diminum bayi? Ketahui kaedah terbaik bancuh susu formula

BACA LAGI: 'A late bloomer', Syeikh Muszaphar kongsi perubahan anak ke-2 dari 'introvert' ke 'outspoken'

Meraih perhatian di laman sosial, seorang wanita berkongsi kepentingan kaedah imbasan tersebut yang menurutnya sangat mustahak dalam isu kesihatan bayi.

"Awak yang tengah mengandung tu, kalau ada duit lebih tolong la pergi buat detail scan ye dekat klinik swasta.

"Jangan jadi macam sis, ingat semua okay sepanjang pregnant takde masalah, rupanya bayi keluar je tadaaaa ada surprise rupanya.

Berdasarkan ruangan komen, jelas membuktikan betapa ramai ibu hamil yang masih belum cakna akan kepentingan menjalani rawatan detail scan di klinik swasta.

Kajian pakar antarabangsa, menjelaskan keperluan dan peranan penting imbasan itu dalam mengenal pasti sebarang keabnormalan struktur janin semasa kehamilan.

Antara kecacatan yang boleh dikesan termasuklah hidrosefalus (pengumpulan cecair dalam kepala), anencephaly (komplikasi otak), achondroplasia (kerdil), omphalocele (tonjolan organ dari perut) serta kecacatan pada organ hati seperti jantung berlubang.

Isu terbabit boleh menjadi salah satu punca masalah kromosom seperti sindrom down ataupun Orang Kurang Upaya (OKU).

Sementara itu, dari segi ketepatan, kadar pengesanan kecacatan janin melalui imbasan detail scan adalah berbeza-beza mengikut tahap kesihatan si ibu.

Faktor yang mempengaruhi hal itu termasuklah kedudukan janin, jumlah cecair ketuban dan pengalaman pakar sonographer.

Sekadar info, kebanyakan sektor perubatan awam tidak menyediakan perkhidmatan detail scan namun, ibu hamil digalakkan untuk segera mendapatkan rawatan tersebut dalam tempoh usia kandungan 18 hingga 24 minggu.

Imbasan detail scan merupakan kaedah penting dalam penjagaan bayi, namun bukan jaminan untuk mengesan kecacatan janin secara menyeluruh.

Oleh itu, ibu hamil dinasihatkan agar mengikuti jadual imbasan berkala dan mendapatkan khidmat nasihat doktor pakar tentang keperluan imbasan susulan bagi memastikan kesihatan janin dipantau secara optimum. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram