[VIDEO] Menyentuh hati, pegawai polis kongsi pengorbanan wanita rayu ikat jamin anak di mahkamah


  • Relaks
  • Selasa, 06 Mei 2025

Tangkap layar perkongsian anggota polis yang tersentuh dengan luahan seorang wanita yang menghadiri kes perbicaraan anaknya di mahkamah baru-baru ini.

BENARLAH kata peribahasa, kasih ibu bawa ke syurga, kasih bapa kekal selama-lamanya.

Perkongsian seorang pegawai polis dikenali sebagai @dinhelmy di TikTok menggambarkan ungkapan ayat berkenaan bila mana dia didatangi seorang ibu ketika bertugas di mahkamah baru-baru ini.

Jelasnya, kehadiran sosok wanita tua itu ke mahkamah bertujuan menghadiri perbicaraan anaknya yang ditangkap atas kesalahan berkaitan dadah.

BACA LAGI: [VIDEO] Trend 50/50 lepas kahwin, UAI tegaskan isteri tak wajib keluar satu sen pun walaupun bergelar jutawan

BACA LAGI: 'A late bloomer', Syeikh Muszaphar kongsi perubahan anak ke-2 dari 'introvert' ke 'outspoken'

Paling menyayat hati, individu terbabit dikatakan turut menggenggam erat sejumlah wang demi mengikat jamin anaknya daripada tahanan polis.

"Dia dah banyak kali ditangkap, anak-anak mak cik yang lain dah buang dia dari hidup mereka, tapi bagi mak cik tak boleh sebab dia tetap anak, mak cik yang melahirkannya," ujar wanita tersebut.

 

 

Momen itu nyata mengundang sebak individu berkenaan yang cukup tersentuh dengan nilai kasih sayang dan pengorbanan dipamerkan wanita terbabit.

"Ya ALLAH, tersentuh betul dengan ibu seperti ini yang sanggup membela anak walaupun susah mencari duit, besarnya kasih sayang seorang ibu," kata Aminin.

"Seburuk mana dan seteruk sekali pun anak, ibu tak akan pernah buang anak walaupun dipandang hina, ini la kasih ibu ke syurga," jelas Ana Suzana.

"Susah nak tengok abang polis menitis air mata, terima kasih berkongsi dengan kami kisah menyayat hati tahanan polis, boleh dijadikan iktibar," ujar Paridah.

Gagal menahan sebak, deraian air mata mula mengalir di pipi anggota berkenaan usai mendengar rayuan wanita itu.

Tidak mendedahkan secara terperinci berkaitan kes dan tahan tersebut, perkara itu walau bagaimanapun mendapat liputan meluas di laman sosial dengan rata-ratanya amat mengagumi insan bergelar ibu.

Kerap berkongsi info dan pengalaman bersama banduan, anggota polis tersebut menjadikan platform sosial itu sebagai rujukan buat masyarakat mendalami kisah di balik tirai besi penjara. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram