
DI usia 103 tahun, seorang wanita dikenali sebagai Suminah menjadi jemaah tertua dari Jawa Barat dan Jogjakarta, Indonesia yang menerima jemputan mengerjakan ibadah haji tahun ini.
Dia tiba di penempatan haji di Asrama Haji Donohudan Boyolali dan bergabung dalam Kelompok Terbang (Kloter) 90 Embarkasi Solo.
Lebih mengejutkan, individu berkenaan menunaikan rukun Islam kelima itu secara sendirian tanpa ditemani keluarga mahupun tongkat ataupun kerusi roda.
Menzahirkan rasa gembira atas rezeki dan pinjaman keringat daripada ALLAH, Suminah yang mula mendaftar sejak 2015 memberitahu, dia menjual seekor lembu peliharaan sebagai kos perbelanjaan di Mekah.
BACA LAGI: Balas Balik tampil kisah 'espionage', babak saspens cabar adrenalin penonton
BACA LAGI: Anak tantrum? Ada 5 panduan bijak ibu bapa boleh cuba tanpa marah si kecil
"Saya sangat gembira kerana dapat menunaikan haji, saya jual seekor lembu untuk mendaftar haji pada 2015, yang daftar dulu ialah anak-anak saya," katanya.
Difahamkan, nenek kepada tujuh orang cucu dan enam cicit itu sentiasa mengutamakan kecergasan dan kesihatan diri agar berpeluang menjejak kaki ke tanah suci tersebut.
Setiap pagi selepas solat subuh, Suminah akan melakukan senaman ringan dengan hanya berjalan dan tidak pernah meninggalkan ibadah sunat seperti solat tahajud dan dhuha.
Biarpun kudratnya agak membataskan pergerakan, dia gemar melakukan aktiviti harian seperti menyapu halaman rumah dan memberi makan lembu peliharaan.
Semasa pemeriksaan kesihatan dijalankan di penempatan jemaah haji, tekanan darah Suminah didapati agar tinggi namun berjaya dirawat selepas diberikan ubat oleh pegawai perubatan bertugas.
"Alhamdulillah, jemaah haji tertua dari Embarkasi Solo telah masuk bersama kumpulan jemaah lain dan kesihatannya dalam keadaan terbaik untuk berlepas," kata Pegawai Perhubungan Awam, Gentur Rahma Indriadi. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram