[VIDEO] 'Shop around before marry', bekas ketua pengarah KPT titip nasihat buat siswazah sebelum kahwin


  • Relaks
  • Isnin, 28 Apr 2025

Tangkap layar video tular Asma Ismail ketika menyampaikan sebuah forum kepada pelajar USM.

ALAM perkahwinan merupakan momen indah bakal ditempuh setiap insan di muka bumi.

Namun, pemilihan pasangan hidup merupakan asas utama dan kunci kebahagiaan dalam mana-mana rumah tangga.

Alam persekolahan, universiti mahupun pekerjaan, setiap perkenalan terjalin di fasa itu mampu membentuk ikatan perkahwinan sekiranya dipertemukan dengan jodoh yang baik.

Berpesan kepada golongan wanita khususnya bergelar siswazah, bekas pengarah Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Dr Asma Ismail sebelum ini pernah menitip nasihat khas soal perkahwinan.

BACA LAGI: [VIDEO] Aliff Syukri tak lokek belanja isteri RM1.5 juta barang kemas, bahagiakan pasangan asbab rezeki suami lancar

BACA LAGI: [VIDEO] Nafi kasari kanak-kanak, bekas model muslimah dedah punca sebenar pergaduhan di rumah terbuka Shah Alam

Menerusi satu forum khas diadakan di Universiti Sains Malaysia (USM), beliau menggesa agar wanita sentiasa mengamalkan sifat 'memilih' dalam soal jodoh.

Asma Ismail merupakan Naib Canselor wanita pertama USM yang dilantik pada 2016

"Saya percaya bahawa di belakang setiap wanita yang berjaya adalah suami yang sangat memahami serta sentiasa menyokong dan itu adalah fakta.

"Ini kerana jika anda tidak mempunyai suami yang menyokong dan memahami, dia akan memotong kakimu, dan apabila dia memotong kakimu, anda tidak boleh terbang.

"Oleh itu, shop around before you marry the first man, hanya kerana lelaki itu memberi anda bunga dan dia katakan 'i love you' dan awak berkahwin, think again," katanya.

Menitip rasa syukur kerana dianugerahkan seorang suami yang sangat memahami, beliau berharap agar pelajar-pelajarnya sentiasa menitikberatkan soal pasangan dalam hidup.

 

 

Terdahulu, Asma mencipta sejarah sebagai wanita pertama yang menjawat beberapa jawatan penting, antaranya Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (2014–2016), Pengerusi Majlis Agensi Kelayakan Malaysia (2019–2021), serta Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada 2012 dan Universiti Sains Malaysia (USM) dari 2016 hingga 2019.

Pada 24 Mac 2022, beliau telah menerima Anugerah Tokoh Akademik Negara ke-14 sebagai penghargaan atas sumbangan cemerlangnya dalam bidang akademik.

Di peringkat antarabangsa, beliau turut dilantik sebagai Ahli Majlis Inter Academy Panel (IAP) yang berpusat di Itali dan dianggotai oleh 102 negara. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram