[VIDEO] Diganggu wanita obses sejak 5 tahun lalu, guru kena 'stalk' tampil perjelas situasi sebenar


  • Relaks
  • Jumaat, 02 Mei 2025

Zulhilmi (kiri) memuat naik video menyaksikan dia diekori dan diganggu wanita terbabit ketika di sebuah perpustakaan ibu negara.

PERIBAHASA 'perigi cari timba' merujuk kepada golongan wanita yang mengambil langkah pertama dalam memulakan hubungan dengan lelaki.

Dahulunya dianggap kurang manis dan janggal dalam norma masyarakat Melayu, kini semakin diterima ramai susulan perubahan zaman yang menyaksikan istilah itu semakin dipratikkan pasangan muda.

Namun, ada juga kisah kurang enak didengar apabila seorang lelaki, Zulhilmi mendakwa diganggu oleh seorang wanita dipercayai peminatnya sejak 2020.

BACA LAGI: Beto Kusyairy jalani fisio rawat 'slip disc', isteri jadi tulang belakang sokong karier lakonan

BACA LAGI: [VIDEO] Tak lupa tanggungjawab, Nabila Huda tahan mata balik 'shooting' untuk masak bekal anak, sarapan suami

Kronologi cerita tular itu bermula apabila seorang wanita dikenali sebagai Abidatul di laman sosial memuat naik hantaran di TikTok seolah-olah sedang mencari keberadaan suaminya dan menggesa bantuan ramai berhubung hal itu.

Namun, beberapa hari kemudian kebenarannya terungkai apabila wanita terbabit disahkan sebenarnya tiada ikatan perkahwinan dengan Zulhilmi dan segalanya hanyalah rekaan semata-mata.

Tampil menjelaskan isu sebenar, warga pendidik yang mengajar di pusat pengajian agama Ahlan Academy di Kuala Lumpur itu berkata, dirinya telah lama diekori dan diganggu oleh wanita terbabit sejak bergelar penuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak, Selangor satu ketika dahulu.

Mencipta banyak akaun media sosial palsu demi menyebarkan fitnah pernah berkahwin, Abiatul juga didakwa kerap menghantar mesej 'mesra' dipercayai cuba menawan hatinya walaupun langsung tidak pernah bertegur sapa dalam kelas.

Memuat naik video bukti memaparkan dirinya diganggu dan diekori wanita berkenaan, Abidatul dilihat cuba mendekatinya di sebuah perpustakaan walaupun beberapa kali diusir keluar.

Jelasnya, biarpun laporan polis sudah dibuat namun, wanita terbabit masih berterusan mengganggu privasinya hinggakan ia berlanjutan selama lebih lima tahun.

Peguamnya, Mohd Jaafar Mohd Hamzah Murghayah juga tampil mempertahankan anak guamnya dengan beberapa kenyataan balas beserta bukti yang jelas menunjukkan dakwaan tersebut fitnah semata-mata.

"Anak guam kami menafikan keseluruhan dakwaan yang tidak berasas dan kenyataan fitnah yang terkandung di dalam hantaran-hantaran tersebut.

"Tegas dinyatakan bahawa dakwaan-dakwaan tersebut adalah tidak berasas, tidak benar serta berniat untuk mencemarkan nama baik anak guam kami dan anak guam kami menjelaskan bahawa beliau tidak pernah menjadi suami kepada individu tersebut sebagaimana yang didakwa.

"Perbuatan individu tersebut telah mengakibatkan ketidakselesaan dalam menjalani kehidupan seharian beliau dan gangguan yang dilakukan bukan sahaja mencemarkan kehidupan peribadi anak guam kami, malah turut memberi kesan negatif pada kerjayanya.

"Sehubungan dengan itu, anak guam kami membuat laporan polis dan (pihak berkuasa) mengarahkan kami mengambil tindakan undang-undang sewajarnya," katanya menerusi kenyataan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram