Sambut kelahiran sulung, 4 petanda penting suami isteri perlu cakna bermula trimester pertama


  • Relaks
  • Isnin, 28 Apr 2025

Isteri mengandung memerlukan sokongan moral daripada sang suami terutamanya di fasa trimester ketiga. — Gambar hiasan/Freepik dijana oleh AI

MENYAMBUT kelahiran cahaya mata pertama adalah pengalaman yang cukup mengujakan bagi pasangan suami isteri. 

Namun di sebalik keterujaan itu, ramai first-time parents mungkin belum benar-benar bersedia untuk melangkah ke lembaran baharu itu yang bermula seawal trimester pertama kehamilan si isteri.

Merupakan fasa kritikal bukan sahaja untuk perkembangan janin, trimester pertama juga perlu dipersiapkan dari segi persiapan mental, emosi dan fizikal pasangan.

BACA LAGI: Elak stres, isteri zaman moden lebih utamakan karier berbanding bergelar suri rumah

BACA LAGI: Cantik tak jamin bahagia, lelaki lebih utama rasa hormat, kepimpinan lepas kahwin

Sediakan payung sebelum hujan, setiap ibu bapa yang dalam proses menyambut kelahiran anak sulung perlu cakna tentang empat petanda sebelum dan selepas isteri bersalin.

1. Perbezaan Braxton Hicks dan Kontraksi

Semasa proses kehamilan, kebanyakan ibu akan mengalami kekejangan atau rasa tegang pada bahagian perut. 

Perkara itu berlaku atas faktor dua jenis kontraksi utama yang perlu dibezakan iaitu Braxton Hicks dan kontraksi sebenar.

Ibu hamil perlu peka dengan simptom kontraksi yang boleh berlaku pada trimester ketiga. — Gambar hiasan/Freepik dijana oleh AI

Braxton Hicks (Kontraksi Palsu)

Bila Berlaku: Biasanya bermula selepas pertengahan kehamilan sekitar trimester kedua atau ketiga.

Rasa: Seperti kekejangan atau rasa tegang di bahagian perut, tetapi tidak terlalu sakit.

Tempoh: Biasanya pendek kurang dari 30 saat hingga dua minit.

Kesan: Tidak menyebabkan perubahan pada serviks pembukaan rahim.

Kontraksi Sebenar (Kontraksi Bersalin)

Bila Berlaku: Biasanya bermula menjelang minggu ke-37 ke atas.

Rasa: Lebih kuat, lebih sakit seperti sakit belakang atau rasa perut bergoncang dan diikuti dengan tekanan di bahagian bawah.

Tempoh: Semakin lama dan lebih konsisten (30-70 saat setiap kontraksi).

2. Kiraan waktu kontraksi

Menjelang akhir kehamilan, ibu hamil akan mula merasai kontraksi. Namun, penting untuk mengetahui bila kontraksi itu benar-benar menandakan anda sedang dalam proses bersalin dan bila perlu ke hospital. 

Dua perkara utama yang perlu diambil kira:

Kekerapan Kontraksi

Ukur masa dari permulaan satu kontraksi ke permulaan kontraksi yang seterusnya.

Tempoh Kontraksi

Catatkan berapa lama satu kontraksi berlangsung, dari mula sakit hingga ia hilang.

Teknik pernafasan yang betul membantu ibu mengandung untuk lebih bertenang sebelum permulaan proses kelahiran. — Gambar hiasan

3. Teknik pernafasan

Pada fasa awal kelahiran, ketika kontraksi masih ringan dan tidak konsisten, ibu digalakkan untuk bernafas secara perlahan dengan dalam. 

Caranya adalah dengan menarik nafas panjang melalui hidung, membiarkan perut mengembang, kemudian melepaskan nafas perlahan-lahan melalui mulut. 

Teknik ini membantu tubuh dan minda untuk lebih bertenang sebelum permulaan proses kelahiran.

4. Tumpahan darah 

Selepas kelahiran bayi, badan seorang ibu akan melalui pelbagai proses pemulihan dan salah satu perubahan semula jadi yang akan berlaku ialah tumpahan darah atau dalam istilah perubatan disebut sebagai lochia.

Biasanya, tumpahan darah ini berlangsung antara empat hingga enam minggu selepas bersalin namun, ia bergantung pada individu dan kaedah kelahiran sama ada bersalin normal atau melalui pembedahan caesarean.

Bagi membantu mempercepatkan pemulihan, ibu disarankan untuk berehat secukupnya, mengamalkan pemakanan sihat dan menjaga kebersihan kawasan faraj. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebookInstagramWhatsApp Channel dan Telegram