
RAIKAN kemeriahan Aidilfitri dengan penuh gaya dan eksklusif menerusi Rumah Terbuka Riangnya Raya anjuran Airbnb bersama kumpulan pop terkenal tanah air, Dolla.
Dikenali dengan persembahan bertenaga dan personaliti dinamik, tiga ahli kumpulan Dolla kini melangkah ke pentas baharu sebagai hos bersama Airbnb!
Mereka mengalu-alukan kedatangan seorang tetamu bertuah bersama sembilan lagi rakan bagi menikmati hujung minggu di kediaman mewah Brickhouse Bukit Tinggi, Bentong, Pahang.
BACA LAGI: Tempahan Airbnb Malaysia meningkat 30 peratus separuh pertama 2024
"Raya merupakan waktu sangat istimewa yang mana kita bersama-sama meraikan kasih sayang, tradisi dan hubungan penuh makna.
“Kami teruja bekerjasama dengan Airbnb untuk menganjurkan rumah terbuka ini dan beraya dengan peminat dalam cara lebih peribadi dan tulus," ujar Dolla.
Rumah Terbuka Raya tersebut akan berlangsung dari 3 hingga 5 Mei 2025 pada harga RM100 sebelum cukai dan caj.
Percutian dua malam itu boleh memuatkan hingga 10 tetamu.
Antara pengalaman menarik menanti tetamu termasuk sambutan peribadi daripada Dolla sendiri sebaik tiba, jamuan istimewa raya, persembahan akustik eksklusif dan sesi soal jawab secara santai bersama kumpulan tersebut.
Pemenang bertuah berpeluang menikmati hujung minggu di kediaman mewah Brickhouse Bukit Tinggi.
Lebih menarik, sesi persembahan dan soal jawab akan distrim secara langsung di TikTok rasmi @dollaofficial bagi membolehkan peminat di seluruh negara turut merasai kehangatan sambutan itu.
Penginapan di Brickhouse Bukit Tinggi menawarkan dua vila mewah lengkap dengan kolam renang persendirian, kemudahan karaoke, kawasan BBQ dan pemandangan pergunungan serta dusun durian.
Sama ada bersantai di tepi kolam atau menikmati hidangan di bawah sinaran bintang, percutian istimewa itu menjanjikan gabungan alam semula jadi, muzik dan keceriaan raya yang tiada tandingan.
Percutian dua malam di kediaman mewah itu mampu memuatkan hingga 10 tetamu.
Cara tempahan:
- Permintaan untuk tempahan akan dibuka pada 25 April pukul 11 pagi melalui pautan http://airbnb.com/rayawithdolla.
- Penginapan dua malam ditawarkan pada harga RM100 sebelum cukai dan caj. Seorang tetamu akan dipilih berdasarkan siapa cepat, dia dapat dan boleh membawa hingga sembilan rakan.
- Tetamu akan bertanggungjawab untuk urusan perjalanan pergi dan balik ke lokasi penginapan Airbnb di Bentong, Pahang. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram