
JENAMA gaya hidup terkemuka, Amber, kembali mencetuskan fenomena fesyen dengan pelancaran koleksi istimewa Raya Romantics menjelang Aidilfitri 2025.
Koleksi tersebut menampilkan gaya fesyen spektakular menggabungkan keanggunan klasik dengan sentuhan moden yang sofistikated.
Menambah keistimewaan koleksi kali ini, Amber mempersembahkan enam wajah rasmi jenama yang juga antara selebriti terkemuka Malaysia termasuk Awal Ashaari, Scha Alyahya, Aina Abdul, Fattah Amin, Nora Danish dan Sophia Albarakbah.
BACA LAGI: Hilang arah pemergian ibu, wanita Penanti bangkit berniaga, anak sulung kena kuat
Setiap helaian dalam koleksi Raya Romantics direka dengan perincian mewah dan eksklusif, menampilkan sulaman floral yang indah pada kain 100 peratus kapas.
Pemilihan fabrik berkualiti tinggi itu bukan sahaja memastikan keselesaan pemakai, tetapi memberi sentuhan elegan ideal cuaca di Malaysia.
Dengan palet warna pelbagai, koleksi berkenaan menawarkan rekaan sesuai untuk semua, sama ada ke majlis santai ataupun meraikan lebaran akan datang.
Dari kiri: Awal Ashaari, Scha Alyahya, Adzliana, Nora Danish, Sophia Albarakbah dan Fattah Amin menggayakan koleksi Raya Romantics jenama Amber.
Koleksi Raya Romantics 2025 merangkumi enam rekaan untuk lelaki, dengan 18 warna keseluruhan (setiap satu hadir dalam tiga warna).
Sementara untuk wanita menampilkan 11 rekaan, dengan 22 warna keseluruhan (setiap satu hadir dalam dua warna).
Saiz tersedia meliputi XS sehingga 3XL pada julat harga RM269 hingga RM459.
Sebagai sebahagian daripada jenama di bawah Usanita, Amber terus komited dalam membawa revolusi fesyen tempatan ke tahap lebih tinggi.
Ketua Pegawai Eksekutif Usanita, Datuk Adzliana Hasan menzahirkan rasa bangga dengan koleksi terbaharu itu dan optimis terhadap sasaran jualan ditetapkan.
Ujarnya, koleksi Raya Romantics oleh Amber merupakan satu manifestasi keindahan budaya dan inovasi fesyen moden.
"Setiap helaian direka dengan teliti bagi memastikan bukan sahaja gaya memukau, tetapi juga keselesaan yang tiada tandingan.
"Sebagai jenama di bawah Usanita, kami percaya dalam memperkasa jenama tempatan untuk terus bersaing dan berkembang di peringkat lebih tinggi.
“Dengan koleksi yang menampilkan rekaan elegan dan berkualiti tinggi ini, kami yakin Amber akan menjadi pilihan utama buat mereka yang ingin tampil anggun dan bergaya sepanjang Aidilfitri,” katanya dalam satu kenyataan.
Hael Husaini (kiri) dan Dayang Nurfaizah mewarnai pelancaran koleksi istimewa Raya Romantics dengan persembahan memukau.
Mengulas mengenai sasaran jualan, Adzliana berkata, pihaknya menyasarkan jualan sebanyak 300,000 helai daripada koleksi Raya Romantics.
Jelasnya, sasaran itu adalah berpandukan pada kejayaan koleksi sebelum ini dan permintaan yang semakin meningkat terhadap fesyen raya eksklusif dan berkualiti.
“Kami percaya dengan rangkaian platform jualan yang kukuh, strategi pemasaran berkesan dan keyakinan pelanggan terhadap jenama Amber, sasaran ini dapat dicapai.
"Malah, tahun ini Amber turut menyertai beberapa festival raya seperti Celebfest Singapore (7 hingga 9 Mac 2025) dan Absolute Fest Gaya Raya (21 hingga 24 Mac 2025),” tambahnya.
Dengan gabungan fesyen yang memukau, fabrik berkualiti tinggi dan perincian mewah, Raya Romantics oleh Amber menjanjikan pengalaman berpakaian yang spektakular untuk setiap individu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram