
KERAJAAN negeri akan mula menyalurkan bantuan kos sewaan kali pertama pada minggu depan kepada semua keluarga terjejas dalam insiden letupan paip gas di Putra Heights, Selangor pada 1 April lalu.
Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, bantuan sewa kali pertama kepada mangsa yang sedang menunggu rumah mereka diperbaiki itu membabitkan 469 keluarga.
Pada masa sama, beliau berkata, sebanyak 16 keluarga turut bersetuju tinggal antaranya di penempatan sementara antara lain seperti di bawah perkhidmatan Airbnb.
BACA LAGI: [VIDEO] Polis Seremban tahan anggota tentera tumbuk pemandu wanita tak sengaja langgar anak, isteri
BACA LAGI: [VIDEO] 'Saya orang Malaysia, asal Jerantut Pahang', Abang Belon sayu difitnah warga asing, tiada IC
"Mulai Isnin, selepas selesai sumbangan tunai (RM10,000 dan RM5,000), kita akan mula menyalurkan bantuan kos sewaan RM2,000 dan menguruskan penempatan sementara mereka sementara kediaman dibaiki.
"(Tetapi)... kita selesaikan dulu penyampaian sumbangan awal dan selepas itu kita akan uruskan perumahan," katanya seperti dilaporkan Berita Harian dalam sidang media di Wisma Dewan Annexe di Shah Alam, pada Rabu.
Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari.
Amirudin berkata, taklimat sudah diberikan mengenai penempatan sementara terutamanya membabitkan Airbnb.
"Kita sudah dapat senarai mereka yang berminat untuk tinggal di Airbnb dan sebagainya... setakat ini 16 keluarga sudah bersetuju.
"Selebihnya terpulang kepada mereka, dengan tawaran sewa RM2,000 saya rasa mereka pun hendak cari kediaman selesa sebab sama ada Smart Sewa atau Airbnb kedudukannya agak jauh dari lokaliti asal mereka.
"Tetapi jika mereka bekerja di sekitar Cyberjaya atau Putrajaya itu agak sesuai juga... tetapi tidak mengapa kita akan bagi mereka pilihan," katanya.
Media sebelum ini melaporkan kerajaan Selangor bersetuju menampung kos sewaan kepada pemilik dan penyewa terjejas dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM7.356 juta.
Amirudin berkata, kerajaan negeri akan memberikan sebanyak RM2,000 kepada setiap pemilik dan penyewa rumah yang terjejas selama tempoh enam bulan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram