Nurul Izzah tersenarai antara 30 individu berpengaruh Project Syndicate Forward Thinkers List


  • Massa
  • Rabu, 23 Apr 2025

Nurul Izzah Anwar disenaraikan antara 30 individu berpengaruh dalam Project Syndicate Forward Thinkers List.

NAIB Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar disenaraikan antara 30 individu berpengaruh dalam Project Syndicate Forward Thinkers List.

Project Syndicate iaitu Organisasi media global bukan berasaskan keuntungan itu memaklumkan, senarai tersebut bertujuan mengiktiraf dan mengetengahkan golongan intelektual yang semakin menyerlah dalam bidang akademik, penggubalan dasar, masyarakat sivil dan sektor swasta.

Menurutnya, individu-individu berkenaan terlibat dalam pelbagai isu penting daripada perubahan iklim dan geopolitik sehingga berkait dengan demokrasi liberal dan masa depan kapitalisme.

BACA LAGI: Dugaan silih ganti, Nurul Izzah tetap bangkit curah khidmat, kini penasihat kanan PM

BACA LAGI: MoF nafi Nurul Izzah dibayar sebagai penasihat agensi kementerian

"Setiap peserta terdiri daripada pemimpin dalam bidang masing-masing dan kami percaya pandangan mereka bukan sekadar membentuk wacana awam di negara masing-masing, malah memberi impak besar di peringkat global pada masa akan datang," katanya menerusi laman web.

Turut berada dalam senarai ialah Profesor Ekonomi Universiti, Yale Marina Halac; Profesor Ekonomi Universiti Harvard, Oleg Itskhoki dan Profesor Dasar Awam dan Kerajaan Universiti, Yeling Tan.

Menurut organisasi media itu, pemilihan akhir dibuat dengan teliti oleh editor, bertujuan mengetengahkan individu yang diyakini berupaya membantu membentuk dan mencetuskan pemikiran kritis dalam debat politik.

Ditubuhkan pada awal 1990-an, Project Syndicate menyediakan dan mengedarkan ulasan serta analisis mengenai pelbagai isu antarabangsa.

Pada 2024, dilaporkan bahawa ulasan Project Syndicate telah diterbitkan sebanyak 16,904 di seluruh dunia. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram