Dugaan silih ganti, Nurul Izzah tetap bangkit curah khidmat, kini penasihat kanan PM


  • Primer
  • Ahad, 29 Jan 2023

Nurul Izzah Anwar

SEJAK dua bulan lalu mungkin merupakan detik yang sukar dan mencabar buat bekas puteri reformasi Nurul Izzah.

Manakan tidak, dia yang mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR) di kerusi Permatang Pauh dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tewas kepada calon Perikatan Nasional-Pas, Muhammad Fawwaz Mat Jan cukup mengejutkan ramai.

Walaupun begitu, ia tidak sedikit pun mematahkan semangat anak kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ini untuk terus berbakti pada rakyat.

Ketika Anwar bersiap untuk membentuk Kerajaan Perpaduan, Nurul Izzah juga sibuk bekerja di belakang tabir sehinggakan dia mengalami keguguran.

Dalam temu bual eksklusif dengan Sunday Star sejak tragedi peribadi itu, Nurul Izzah, 42, berkongsi mengenai peranan barunya dalam kerajaan untuk terus berkhidmat kepada rakyat.

Menurut Izzah, kini dia berkhidmat sebagai Penasihat Kanan kepada Perdana Menteri mengenai Ekonomi dan Kewangan berkuat kuasa 3 Januari 2023.

"Saya harap melalui pengalaman saya sebagai seorang ahli parlimen yang terlibat dalam pelbagai bidang ketika berkhidmat sejak empat dekad lalu mampu memberi manfaat dalam mengemudi tadbir urus ekonomi, akauntabiliti dan dasar polisi negara.

"Salah satu matlamat saya adalah untuk menyalurkan dan memanfaatkan bakat-bakat terbaik dan cemerlang Malaysia, di dalam dan di luar kerajaan, untuk menambah nilai kepada usaha berterusan untuk memperbaiki keadaan ekonomi rakyat.

"Saya juga percaya dalam mendengar suara rakyat secara lansung. Sebagai sebahagian daripada penyediaan Belanjawan kami, kami bukan sahaja bertemu kelompok peniaga dan pihak berkepentingan, tetapi kami juga mendapatkan input daripada rakyat, terutamanya mereka dalam kumpulan B40, dan M40.

"Arahan daripada PM adalah jelas: bercakap dengan rakyat dan mendengar idea, kebimbangan dan jangkaan mereka. Mereka adalah pemegang kepentingan yang paling penting daripada semua.

"Falsafah ini bukan baru, konsep masyarakat Madani telah dibincangkan oleh Anwar 26 tahun lalu. Kemasyarakatan, atau pemerkasaan dan keterangkuman komuniti, kekal sebagai teras. Inilah falsafah yang digunakan semasa saya menjadi ahli parlimen. Projek mesti mampan dan berpusat pada pemerkasaan komuniti dan bukannya projek sekali sahaja.

"Agenda Kesan Sosial Permatang Pauh misalnya memberi tumpuan kepada memperkasakan masyarakat, sebab itu banyak projek merangkumi kerjasama dengan universiti tempatan dan pakar untuk memperkasakan masyarakat," katanya.

"Ia bukan idea asing bagi rakyat Malaysia; konsep-konsep ini telah pun terkandung dalam falsafah dan nilai kebangsaan kita, termasuk Rukun Negara," katanya.

Madani ialah kerangka dasar terdiri enam tonggak dasar iaitu keMampanan, kesejAhteraan, Daya cipta, hormAt, keyakiNan dan Ihsan. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram