[VIDEO] Tak lupa asal usul walau menetap di Australia, Raja Ilya didik Talita berbahasa, budaya Malaysia


  • Relaks
  • Jumaat, 18 Apr 2025

Raja Ilya menyambut Aidilfitri di samping keluarganya di Australia.

BIARPUN menetap di Australia, pelakon popular Raja Ilya atau nama lengkapnya Raja Ramilah Begum Raja Mohammad masih mengekalkan adat dan budaya Malaysia lebih-lebih lagi di bulan Syawal.

Tidak melupakan tradisi hidangan dan pakaian sempena Aidilfitri, ibu kepada dua cahaya mata itu kelihatan anggun berbaju kurung di samping keluarganya yang lengkap busana Melayu.

Paling mencuri perhatian, gelagat comel puteri sulungnya, Talita Love, 3, memberikan ucapan hari raya dalam bahasa Malaysia dipuji ramai warga maya.

BACA LAGI: Joging hujung minggu, wajib makan bersama kunci kebahagiaan Ella kekalkan hubungan mesra seisi keluarga

BACA LAGI: [VIDEO] Trend 'Seribu Tahun TTC' ubati duka, karya Imran Ajmain meruntun hati pasangan menanti zuriat

Walaupun belum fasih sepenuhnya, usaha pelakon filem KL Vampires itu dalam mendidik anaknya bertutur bahasa Malaysia dianggap inisiatif positif kerana tidak melupakan asal usulnya.

Memuat naik hantaran video di laman Instagram peribadi pada Khamis, ia telah meraih lebih 2 juta jumlah tontonan setakat ini. 

Dalam pada itu, Raja Ilya, 39, difahamkan kerap menggunakan bahasa Malaysia sebagai pertuturan seharian dengan anak-anaknya ketika di rumah.

Malah, panggilan 'kak long' turut diberikan kepada Talita yang membawa maksud kakak sulung kepada adiknya, Royal Abraham.

Gelaran itu lazimnya diguna pakai dalam kalangan masyarakat Malaysia masih dikekalkan Raja Ilya walaupun kini berhijrah ke negara tersebut sejak mendirikan rumah tangga pada 2018.

Suaminya, Trent Garrett, 43, turut menggemari air tangan isterinya terutamanya menu masakan Melayu seperti tosai, kari dan rendang ayam.

Terbaharu, Trent menghidangkan menu istimewa buat seisi keluarganya apabila cuma memasak ketupat dan rendang daging versi pempengaruh Khairul Aming sempena Syawal tahun ini.

Biarpun jauh di perantauan, Raja Ilya masih mengekalkan cara hidup sebagai warga negara Malaysia di samping didikan anak-anak serta masakan Melayu yang cukup digemari keluarganya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram