[VIDEO] Tampil berseri lepas 3 bulan berpantang, Nabila Razali definisi wanita di tangan lelaki tepat


  • Hiburan
  • Rabu, 16 Apr 2025

Nabila Razali tampil berseri dan aktif dalam dunia hiburan tempatan usai melahirkan cahaya matanya sekitar Disember tahun lalu.

KEMBALI aktif dalam dunia hiburan tanah air, penyanyi dan pelakon popular, Nabila Razali mencuri perhatian ramai apabila tampil berseri pada sambutan Syawal baru-baru ini.

Pelantun suara Pematah Hati itu yang difahamkan baru sahaja selesai menjalani tempoh berpantang usai kelahiran cahaya mata pertama pada Disember lalu, dipuji cantik persis 'hot mommy' oleh peminat setianya.

Menerusi hantaran di TikTok pada Selasa, Nabila kelihatan cukup ceria menyanyikan lagu Nyam Nyam Ketupat pada sebuah majlis rumah terbuka Wani Kayrie.

BACA LAGI: [VIDEO] Trend 'Seribu Tahun TTC' ubati duka, karya Imran Ajmain meruntun hati pasangan menanti zuriat

BACA LAGI: Ibarat tatang bayi, jangan abai tanggungjawab jaga ibu bapa lanjut usia selagi masih bernyawa

Biarpun bergelar ibu kepada seorang cahaya mata, fesyen dan imej bekas peserta rancangan realiti Akademi Fantasia ke-10 itu kekal menawan lagi-lagi ketika menggayakan busana kebaya serba putih.

Meraih pujian warga maya, kecantikan Nabila menggambarkan definisi sebenar wanita di tangan lelaki yang tepat apabila masih kekal menawan walaupun baru selesai berpantang.

"Apabila wanita di tangan lelaki yang betul, berseri-seri auranya walaupun baru lepas bersalin," kata Nurin Nazief.

"Dia makin cantik lepas kahwin maknanya suami dia pandai jaga, nak isteri cantik kena laburkan duit untuk kosmetik dan sebagainya," ujar Hanim.

"Lepas bersalin makin melawa Nabila Razali, hot mommy betul ni, macam tak ada beza dengan sebelum ada anak," tambah Nuraisa.

Terdahulu, Nabila selamat melahirkan seorang bayi lelaki di sebuah pusat perubatan ibu negara pada 24 Disember tahun lalu.

Cahaya mata yang dilahirkan seberat 3.1 kilogram (kg) itu merupakan anak sulungnya hasil perkahwinan dengan Nik Iruwan Nik Izani, 39.

Namun, kedua-dua pasangan sejoli itu difahamkan masih belum bersedia berkongsi wajah mahupun nama anaknya kepada umum.

Hal itu menurutnya demi menjaga privasi keluarga selain bimbang akan penyakit 'ain yang boleh berlaku pada anaknya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram