[VIDEO] Gempa bumi magnitud 5.2 landa San Diego, sekumpulan gajah buat bulatan 'amaran' cetus perhatian


  • Relaks
  • Rabu, 16 Apr 2025

Tangkap layar sekumpulan gajah melakukan bulatan kecil dipercayai cuba melindungi anaknya ketika kejadian gempa bumi berlaku di San Diego pada Selasa.

SATU kejadian gempa bumi berukuran 5.2 magnitud melanda kawasan bandar San Diego, California, Amerika Syarikat (AS) pada Selasa.

Terkesan dengan situasi tersebut, seluruh penduduk di kawasan berkenaan tampil berkongsi situasi cemas di laman sosial ketika gegaran itu berlaku.

Dalam pada itu, satu insiden aneh berlaku di Taman Safari Zoo San Diego apabila sekumpulan gajah dilihat membuat bulatan kecil usai kejadian gempa tersebut.

BACA LAGI: [VIDEO] Hantaran premium kreativiti Shajaratul Dur jadi pilihan istiadat perkahwinan diraja puteri Sultan Pahang, orang kenamaan

BACA LAGI: [VIDEO] Bisnes ikan tilapia tak bawa untung, pencinta alam kelahiran Sabah tawar inap desa dengan landskap hijau di Hulu Langat

Seolah-olah menyedari akan bencana yang berlaku, tiga ekor gajah yang diberi nama Ndlula, Umngani dan Khosi itu dipercayai cuba melindungi dua anaknya (Zuli dan Mkhaya) daripada sebarang ancaman bahaya.

Tampil menjelaskan situasi itu, wakil dari pihak Taman Safari Zoo berkenaan berkata, ia merupakan salah satu tindak balas gajah-gajah tersebut terhadap gegaran gempa bumi yang berlaku.

"Gajah mempunyai keupayaan unik yang mampu mengesan bunyi ataupun gegaran melalui tapak kaki mereka dan membentuk sebuah pergerakan dikenali sebagai 'bulatan amaran'.

"Kelakuan yang ditunjukkan oleh Ndlula, Zuli, Mkhaya, Umngani dan Khosi adalah tindak balas semula jadi terhadap ancaman yang dilihat mampu melindungi anak gajah yang berisiko tercedera," katanya.

Bagaimanapun, kesemua gajah tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan dan kini mula menjalani aktiviti seharian seperti biasa walaupun dilihat agak trauma dan ketakutan selepas insiden berkenaan.

Dalam pada itu, pihak Geologi AS menerusi kenyataan berkata, gempa bumi itu melanda kawasan selatan Julian di San Diego kira-kira pukul 10.08 pagi.

Namun, belum ada sebarang laporan kecederaan mahupun kerosakan harta benda awam berlaku akibat bencana tersebut setakat ini. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram