Tak mengelirukan pun! Pendedahan dwibahasa ada manfaat buat kanak-kanak autisme


  • Sihat
  • Sabtu, 12 Apr 2025

Penemuan kajian tersebut diharap dapat meyakinkan ibu bapa kanak-kanak autistik yang ragu-ragu untuk menggalakkan penggunaan dwibahasa kepada anak mereka.  

ANAK-ANAK autism merupakan kanak-kanak yang sungguh istimewa dan memerlukan cara bertutur atau komunikasi yang khusus buat mereka.

Satu kajian dari Amerika Syarikat menunjukkan bahawa dwibahasa mungkin memberi manfaat lebih baik buat kanak-kanak yang mengalami gangguan spektrum autisme.

Dalam jurnal Autism Research, penyelidik dari Universiti Miami menekankan kesan positif penguasaan lebih daripada satu bahasa dengan fungsi eksekutif kanak-kanak.

BACA LAGI: [VIDEO] Hantaran premium kreativiti Shajaratul Dur jadi pilihan istiadat perkahwinan diraja puteri Sultan Pahang, orang kenamaan

BACA LAGI: [VIDEO] Bisnes ikan tilapia tak bawa untung, pencinta alam kelahiran Sabah tawar inap desa dengan landskap hijau di Hulu Langat

 

1185943155

Pendedahan dwibahasa kepada kanak-kanak autisme meningkatan keupayaan untuk memahami pandangan orang lain. — Gambar hiasan

Pasukan penyelidikan yang diketuai oleh pelajar doktoral psikologi klinikal, Celia Romero, menganalisis kemahiran kognitif 112 kanak-kanak berusia antara tujuh hingga 12 tahun, dengan sebahagian daripadanya mengalami autisme dan yang lainnya neurotipikal.

Hasil kajian menunjukkan dengan jelas bahawa kanak-kanak yang bertutur dua bahasa atau lebih akan memberi rangsangan yang lebih baik, berbanding mereka yang bertutur dalam satu bahasa.

Ini penting untuk membuat keputusan, perancangan, kawalan impuls dan menyesuaikan diri dengan situasi baharu atau kompleks.

Satu lagi manfaat yang diketengahkan oleh kajian tersebut adalah peningkatan keupayaan untuk memahami pandangan orang lain.

Keupayaan tersebut penting untuk komunikasi sosial yang sering menjadi cabaran bagi kanak-kanak dengan autisme.

Manfaat tersebut dijelaskan melalui fenomena yang dikenali sebagai joint activation. Ia berlaku apabila beberapa kawasan otak diaktifkan seiring dengan respons terhadap satu tugas, pemikiran atau persepsi.

Proses tersebut juga mampu mengintegrasikan maklumat yang lebih cekap dan memudahkan proses kognitif kompleks seperti pembelajaran, ingatan dan pembuatan keputusan.

“Jika anda perlu mengimbangi dua bahasa, anda perlu menekan satu bahasa untuk menggunakan bahasa yang lain.

“Itulah ideanya, bahawa keupayaan untuk menghentikan diri daripada melakukan sesuatu mungkin akan diperkuat dengan mengetahui dua bahasa,” kata pengarang bersama kajian dan pakar psikologi perkembangan, Prof Dr Lucina Uddin dari Universiti California, Los Angeles (UCLA).

Penemuan kajian itu diharapkan dapat meyakinkan ibu bapa kanak-kanak autistik yang ragu-ragu untuk menggalakkan penggunaan dwibahasa kepada anak mereka.

Ia telah terbukti bahawa bertutur dalam beberapa bahasa dapat membantu menangguhkan permulaan penyakit degeneratif seperti Alzheimer, serta mengurangkan kesan selepas strok. — TheStar

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram