[VIDEO] Hadiah lukisan 'air tangan' bapa hidap penyakit neuron motor untuk Nadia buat ramai sebak 


  • Relaks
  • Isnin, 07 Apr 2025

BERKELANA di negara orang dan terpaksa berjauhan dengan keluarga bukan sesuatu hal yang mudah untuk dilakukan.

Bagi pempengaruh, Nadia Halim Dziobkowska yang kini menetap di Mumbai, India, kesempatan meraikan sambutan Aidilfitri di kampung halaman membawa 1,001 kebahagian buat dirinya.

Usai menikmati detik indah bersama keluarga, Nadia kini perlu kembali menempuh realiti berangkat semula ke Mumbai bagi meneruskan tugas hakiki sebagai guru tadika di sana.

BACA LAGI: Jumpa pelakon Bollywood saban hari, pembantu rumah cekap, hiasi hidup Nadia Halim sekeluarga di Mumbai

BACA LAGI: Bekas jurutera sanggup jual nasi lemak, kuih kumpul modal untuk buka bisnes krim pelindung matahari mesra wuduk

Walaupun hanya pulang ke tanah air untuk cuti yang singkat, kepulangannya cukup bermakna, lebih-lebih lagi beliau sempat meluangkan masa bersama ahli keluarga tersayang, termasuk bapanya menghidap penyakit neuron motor.

Seperti dikongsikan pemilik akaun TikTok papahalim5 baru-baru ini, suasana pilu menyelubungi kediaman Nadia tatkala bapanya menghadiahkan sebuah lukisan istimewa buat beliau.

"Hari ini adik perempuan saya, Nadia akan pulang semula ke India bersama keluarganya untuk bekerja sebagai guru.

"Beliau pulang seketika sempena cuti raya dan akan kembali bercuti pada musim panas nanti.

"Ayah menghidap penyakit neuron motor, kini beliau langsung tidak boleh bercakap, namun masih mampu meluahkan perasaan melalui lukisan.

"Beliau menghadiahkan lukisan ini kepada adik saya dengan mesej, The person who owns this painting has make an impact in my life (orang yang memiliki lukisan ini telah memberi kesan dalam hidup saya)," tulisnya menerusi ruangan kapsyen.

Nadia yang menerima pemberian tersebut dilihat tidak dapat menahan sebak sebelum mengalirkan air mata seraya memeluk bapanya, yang kemudian turut sama menangis.

Hantaran itu menerima reaksi pelbagai dengan rata-ratanya meluahkan rasa terharu melihat kemesraan keluarga tersebut.

"Aku pula yang sebak meleleh air mata terasa syahdu apabila tengok Nadia nangis sebab berterima kasih kepada ayahnya.

"Ayah tunjuk tanda sayang dengan lukisannya, Nadia pasti akan sangat merindu bapanya," tulis shukuritiaphari.

"Lukisan tersebut membuatkan saya pun menangis, entah kenapa tapi intepretasi saya ialah bapa awak merindukan suasana kampung seperti dahulu," ujar FarisZ (Taylor’s Version).Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram