[VIDEO] Keletah anak Aliff Syukri 'review' rumah cuit hati ramai, Yusoff dan Raudhah diharap menjadi penerus legasi keluarga


  • Relaks
  • Sabtu, 29 Mac 2025

Pasangan Aliff Syukri dan Nur Shahida dikurniakan enam cahaya mata. — Instagram/hijabista.hub

NAMPAKNYA gelagat anak-anak ahli perniagaan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri, 38, dan Datin Seri Nur Shahida, 40, tidak pernah gagal menghiburkan hati warga maya.

Hampir setiap hari, ada sahaja karakter lucu dan unik mereka yang dikongsikan oleh pasangan suami isteri itu menerusi laman sosial masing-masing.

Terbaharu, keletah anak keempat mereka, Yusoff Al Qardawi mencuit perhatian pengguna media sosial selepas merakam video seakan-akan sedang membuat ulasan tentang kediaman dan kenderaan dimiliki bapanya.

BACA LAGI: [VIDEO] Ramai puji Alif Syukri buat content berfaedah daripada menari bodoh

BACA LAGI: Saya menangis dikecam, bonda merajuk tak angkat fon — Aliff Syukri

 

 

"Hari ini COO (ketua pegawai operasi) Yusoff nak review rumah katanya. Sangat riak di situ ya percakapannya. Kali ini janganlah kalian percaya apa yang dia cakap. Lebih banyak auta daripada fakta," tulis Nur Shahida secara berjenaka di ruangan kapsyen.

Memulakan video di luar kawasan rumah, Yusoff Al Qardawi pada asalnya dilihat keluar dari sebuah kenderaan sebelum rakaman dibawa masuk ke dalam rumah mewah milik bapanya.

"Datuk (Aliff Syukri) bapa saya ini terlalu kayalah," seloroh anak kecil itu.

Sebelum ini, Nur Shahida juga pernah memuat naik video memaparkan anak kelimanya, Raudah Arshiyah petah berbicara mengenai sikap abang-abangnya iaitu Yusoff Al Qardawi dan Ibraheem Adham.

Tidak hanya itu, Raudah Arshiyah juga disifatkan sebagai seorang kanak-kanak yang kuat membebel.

 

 

"Kalau dalam rumah suara dia saja dengar. Bab mengadu memang nombor satu.

"Kalau Yusoff nakal sangat, dia (Raudah Arshiyah) siap bagi cadangan suruh saya hantar saja ke rumah anak yatim piatu," kongsinya pada Khamis.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya mengakui terhibur dengan keletah masing-masing yang dikongsikan.

Tidak kurang juga yang berpandangan bahawa anak kepada Aliff Syukri dan Nur Shahida berupaya menjadi aset yang berguna untuk keluarga pada masa hadapan.

"Dah kata dulu, Yusoff ini otaknya sangat istimewa, pandai dan cerdik yang teramat. Saya sendiri kagum setiap kali jumpa Yusoff di klinik, memang hebat.

"Semoga satu hari nanti jadi aset berharga untuk keluarga dan umat keseluruhannya," tulis seorang pengguna Instagram dengan nama akaun dr_iqbal_paeds.

Untuk rekod, Aliff Syukri dan Nur Shahida mendirikan rumah tangga pada Ogos 2007.

Pasangan usahawan tersebut dikurniakan enam cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusof Al Qardawi, Raudah Arshiyah dan Luqman Al-Hakim. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram