BERCAKAP sahaja mengenai nama jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri pastinya ramai berasa kurang senang dengan tindakannya yang sering memuat naik video berbaur kontroversi.
Apatah lagi, video muzik yang dibawakan oleh Aliff Syukri kebiasaannya mengandungi unsur yang dianggap keterlaluan sehingga berkali-kali dikecam netizen.
Bagaimanapun, baru-baru ini, Aliff Syukri memuat naik satu kandungan video yang berfaedah menerusi laman Facebook yang boleh ditiru buat para pencinta tanaman terutama pokok durian.
BACA LAGI: 'It's not about money', kaya bukan ukuran Adira Suhaimi pilih pengganti Datuk Red
BACA LAGI: 'Tak pernah lupa makan ubat', keadaan Sathiya makin pulih lepas serangan angin ahmar
Rakaman tersebut menunjukkan Aliff Syukri mengajar para penonton mengenai proses mengahwinkan pokok durian atau juga dikenali sebagai cantuman bagi mendapatkan pokok durian yang berkualiti.
Proses mengahwinkan pokok dirasakannya penting supaya pokok memiliki ketahanan daripada penyakit.
Antaranya proses yang diajar adalah pembalutan bahagian cantuman dengan pita cantuman untuk memastikan kedua-dua bahagian tetap bersatu.
Bahagian cantuman juga ditutup dengan plastik pembalut bagi mengenalkan kelembapan.
"Ini pula tujuannya tidak mahu kena air. Kalau kena air nanti tanaman susah nak 'kahwin'," katanya.
Umum mengetahui bahawa Aliff Syukri mulai terlibat dalam projek penanaman durian sejak 2017.
Kini, Aliff Syukri mampu menjual durian pada harga yang murah memandangkan durian berkenaan diambil daripada dusun miliknya.
"Saya jual durian sekilo dalam RM 8 hingga RM12 sahaja," katanya.
Aliff juga meluahkan rasa syukurnya kerana ramai individu membantunya dalam pertanian seperti pihak Jabatan Pertanian Negeri Perak.
Meskipun wujud sebilangan individu yang memandang 'sebelah mata' kepadanya, ramai juga individu yang menyokong agar konten berfaedah sebegitu diperbanyakkan.
Antaranya, seorang pengguna, JA Ismail yang beranggapan bahawa lebih baik buat konten bermanfaat itu berbanding membuat video yang mencemarkan agama dan bangsa.
"Kan bagus konten-konten macam ini, daripada joget-joget mencemarkan agama dan bangsa. Terbaik ini salah satu teknik cantum. Memang hidup asalkan kekalkan batang akarnya dalam polibeg sehingga ia sebati baru potong," katanya.
Pengguna yang lain, Nazeem Daniel Rozali menyokong agar perkongsian mengenai penjagaan tanaman diteruskan.
"Dalam banyak-banyak konten Aliff, yang ini aku rasa paling bermanfaat dan rasa matang.
"Terima kasih datuk bagi perkongsian. Saya pun tengah berjinak-jinak pasal penanaman durian. Kalau ada rezeki nak jejak dusun, papa nak belajar cara penjagaan pokok," katanya.
Tidak hanya itu, seorang pengguna, Mohd Saifullah berharap agar beliau tidak lagi membuat video muzik berjoget yang dianggap menjijikkan.
"Alhamdulillah, semoga istiqamah konten bermanfaat dan berilmu macam ini.
"Orang pun boleh belajar atau ambil ilmu daripada konten macam ini. Tinggal-tinggallah penyakit 'sotong-sotong' itu. Kesian pada anak anak. Malu nak ngadap kawan-kawan. Insya-ALLAH," tulisnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram