Bukan kisah gosok periuk, Tam Spider dedah maksud sebenar di sebalik lagu ‘Aladin’


  • Hiburan
  • Jumaat, 28 Mac 2025

Tam merupakan vokalis utama kumpulan Spider.

"GOSOK jangan tak gosok."

Demikian antara bait lirik lagu Aladin nukilan penyanyi dan komposer popular, Rustam Mustafah, 51, atau lebih dikenali sebagai Tam Spider.

Menjadi siulan ramai sejak kali pertama diterbitkan pada 2002, sehingga kini lagu tersebut cukup sinonim dengan identiti kumpulan asal Johor Bahru, Johor itu.

Seringkali disalah erti sebagai lagu bertemakan kisah dongeng Aladin ataupun fantasi fiksyen, Tam tegas menjelaskan perkara itu sama sekali bercanggah dengan konsep asal naskhah tersebut. 

BACA LAGI: Khir Rahman asalnya vokalis Iklim, pernah tuai album solo sebelum sertai 'Rimba Bara'

BACA LAGI: Pernah kena 'reject' stesen radio, 'Bila Rindu' Ruffedge rupanya cetusan idea Azan Addin sambut bayi sulung

Katanya, lagu Aladin juga bukan diinspirasikan daripada filem Gosok yang pernah dilakonkan sekitar 2004.

Filem Gosok diterbitkan pada 2004 lakonan Tam (tengah) dan Boy Iman.

“Lagu ni tiada kaitan dengan filem Gosok, itu ramai yang keliru sebab tajuk dia sama macam dalam lirik, sedangkan itu cuma satu rekaan semata-mata.

“Bukan kisah gosok periuk, bukan kisah Aladin tapi sebenarnya lagu ni lebih ke arah mengajak orang berusaha ke arah kebaikan.

“Kita gunakan perkataan gosok tu ibarat macam mana kita usaha bersihkan periuk daripada hitam berkerak, lama-lama boleh berkilat macam tu la usaha kita kalau nak berjaya pun,” katanya kepada Majoriti.

Berkongsi lanjut tentang lagu tulisan lirik Allahyarham Loloq itu, tajuk Aladin dipilih atas beberapa faktor maksud tersirat yang membawa ke arah kebaikan.

Menolak dakwaan bahawa ia diadaptasi daripada kisah dongeng Aladin, ia hanyalah salah satu daripada asas dan konsep cerita disampaikan dalam lirik.

“Tadi kita dah cerita tentang gosok, tapi cuba nilai semula antara lampu ajaib dan Aladin tu siapa lagi hebat?

“Kita (manusia) ni lagi hebat sebenarnya, kalau tak gosok mana nak keluar jin Aladin tu, macam tu juga dalam hidup kalau tak usaha mana nak dapat hasil yang baik.

“Lebih ke arah mengajak masyarakat berusaha lagu ni sebenarnya, usaha dalam pelbagai aspek untuk ke arah positif, yang dalam filem tu semua rekaan je,” tambahnya.

Berkongsi perkembangan terkini Spider, kumpulan itu sedang dalam pembikinan sebuah album baharu yang dijadual dilancarkan hujung tahun ini.

Merancang untuk mengadakan konsert pada tahun ini, perkara itu masih dalam perbincangan dan akan dikkongsikan kepada peminatnya dalam masa terdekat. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram