
BERGELAR pelakon tanah air, karisma ditampilkan di sebalik lensa kamera kerap kali menjadi daya tarikan penonton menyaksikan lakonan filem di pawagam.
Sinonim dengan status 'Hero Malaya', setiap adegan dilakonkan cukup dramatik hinggakan ada sebilangan penonton yang terpengaruh khususnya bagi filem-filem aksi.
Namun, tahukah anda bahawa sesetengah daripadanya memiliki bakat terpendam sebagai pemain bola sepak?
BACA LAGI: Khir Rahman asalnya vokalis Iklim, pernah tuai album solo sebelum sertai 'Rimba Bara'
Biarpun berwajah 'jambu', pengalaman masa silam sebelum melangkah ke bidang lakonan cukup untuk membuktikan betapa penggiat industri negara berbakat dalam sukan nombor satu negara itu.
1. Fizo Omar
Berdarah campuran Melayu, Siam dan Arab, pelakon kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu merupakan bekas pemain bola sepak Perlis FA dalam Liga Super 2004.
Bermain di posisi penyerang, Fizo turut beraksi dalam skuad final Piala Malaysia menentang Kedah Darul Aman FC (KDA FC).
Sejak zaman sekolah Fizo aktif bermain bola sepak sehingga mewakili negeri kelahirannya dan sempat beraksi untuk Malaysia.
Merupakan graduan Diploma Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau, Perlis, sejak zaman sekolah Fizo aktif bermain bola sepak sehingga mewakili negeri kelahirannya dan sempat beraksi untuk Malaysia.
Bagaimanapun, selebriti berusia 40 tahun itu terpaksa melupakan hasrat bermain bola sepak selepas berhijrah ke dunia lakonan usai bergelar naib juara program realiti Hero Remaja (2008).
2. Aiman Hakim Ridza
Jejaka tinggi lampai asal Johor Bahru, Johor ini terlebih dahulu menggegar arena bola sepak negara sebelum bergelar pelakon.
Seawal usia 12 tahun, Aiman mula mewakili pasukan Selangor dalam Kejohanan Bola Sepak Sekolah Rendah Malaysia pada 2001.
Berperanan sebagai kapten pasukan, suami kepada aktres cantik Zahirah MacWilson itu seterusnya menyarung jersi Malaysia pada Youth World Cup (FIFA) di Tokyo, Jepun pada usia 17 tahun.
Namun, rezeki kariernya lebih ke arah dunia seni selepas menyertai program pencarian bakat penyanyi, Mentor musim ke-5 pada 2011.
Bagaikan rezeki terpijak, popularitinya kian memuncak selepas banyak ditawarkan peluang berlakon selain turut menghiasi pelbagai jenama pakaian dan kosmetik popular.
3. Ridzuan Hashim
Allahyarham Ridzuan Hashim cukup popular bukan sahaja dalam kalangan generasi terdahulu, malah turut dikenali golongan muda yang cukup sinonim dengan gelaran 'King' itu.
Meminat sukan bola sepak sejak usia remaja, pelakon itu pernah menyertai pasukan Bola Melayu Wilayah Persekutuan selain turut menjadi penyerang skuad Malaysian Artiste Sports Club (MASC).
Namun, atas faktor kewangan tidak begitu mengizinkan, Allahyarham kemudiannya beralih bidang ke pentas peragaan dan iklan komersial pada era 90-an.
Berwajah kacak persis bintang Hollywood, Ridzuan melangkah masuk ke dunia perfileman menerusi debut pertamanya, Antara Dua Hati (1988). — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram