
ATLET tersohor dan figura besar dalam sukan ragbi, Sonny Bill William yang sudah memeluk agama Islam sejak 2009, sering kali menjadi perhatian warga maya ketika bulan Ramadan.
Ini kerana perkongsian gaya hidup tentang beliau bersama isteri, Alana Raffie dan anak-anak menjalani ibadah tersebut amat diminati ramai.
Baru-baru ini, Sonny memuat naik sebuah video di media sosialnya berkenaan rahmat dan berkat seorang isteri yang menguruskan suami dan anak-anak ketika berpuasa.
BACA LAGI: 'Saya lebih bersedia sambut Ramadan kedua berbanding tahun lepas,' petinju MMA, Amber bersyukur ibadah puasa lancar
BACA LAGI: Kes 2 pelajar maut keracunan, KKM sahkan sarapan disediakan pengendali makanan luar
“Bagi mereka yang mengharapkan lima atau enam hidangan di setiap iftar, ini (video) untuk anda.
“Sementara anda tidak perlu risau mengenai juadah berbuka, ada orang di seluruh dunia yang berjuang untuk mencari apa jua makanan bagi dihidangkan kepada keluarga untuk berbuka puasa.
“Ramadan bukan tentang makanan. Kekalkan kesederhanaan dan mudahkan urusan bagi mereka yang memasak untuk anda, kerana mereka juga sedang berpuasa,” katanya menerusi kapsyen di hantar video tersebut.
Sonny menganggap isterinya satu rahmat dan penuh berkat di bulan Ramadan.
Video lakonan tersebut menyaksikan bekas pemain ragbi New Zealand itu, meminta hidangan atau makanan yang dimasak segar oleh Alana untuk berbuka.
Namun, Alana hanya membawa makan segera untuk berbuka sambil mendukung anaknya.
“Adakah sukar untuk sediakan makanan yang dimasak?” soal Sonny kepada Alana.
“Oh maaf ya, tapi saya juga berpuasa sepanjang hari. Saya perlu menjaga lima anak termasuk awak (Sonny) dan kadang-kadang bukan semuanya tentang awak saja,” jawab Alana secara spontan.
Di akhir video tersebut, Sonny menyampai sebuah peringatan kepada semua pengikutnya bahawa berpuasa bukanlah semata-mata untuk makan dan minum. Ia berkenaan peribadi kita dan keberkatan dalam mendekatkan diri dengan Pencipta.
“Di rumah, salah satu keberkatan yang ada adalah isteri tercinta yang tidak hanya mampu menjaga dan mengendalikan lima anak kami, tetapi termasuk juga saya sambil berpuasa dan menyediakan makanan berbuka hampir setiap hari,” jelasnya.
Sonny menasihatkan untuk sentiasa muhasabah diri di bulan Ramadan dan bayangkan seketika gambaran yang lebih besar seperti keadaan di Gaza.
Maka, Sonny menasihatkan jika selepas ini anda sedang bergelut dengan cabaran ketika di bulan Ramadan, ambil masa sedikit dan muhasabah diri.
Bayangkan seketika gambaran yang lebih besar, seperti rakyat di Gaza yang tidak tahu apa makanan yang ada bahkan mungkin tiada langsung makanan untuk berbuka.
Menerusi hantaran Sonny terkini yang dimuat naik semalam menyaksikan masanya yang diluangkan olehnya bersama keluarga ketika bulan Ramadan seperti solat sunat Tarawih, termasuk menceritakan hadis-hadis sahih kepada anak-anaknya.
“Salah satu perkara kecil yang saya suka lakukan bersama anak-anak saya semasa Ramadan,” jelasnya di kapsyen secara ringkas.— Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram