
BULAN Ramadan 2025 memperlihatkan ramai individu mengambil peluang mengasah bakat memasak dan mencuba pelbagai resipi yang dikongsikan di media sosial.
Tidak ketinggalan ada juga yang secara tidak langsung menjadi pencipta kandungan memasak untuk berkongsi bersama followers.
Setiap tahun, pempengaruh terkenal, Khairul Aming pasti menjadi perhatian masyarakat Malaysia, namun kini anak kepada pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona juga nampaknya video masakannya dinanti-nantikan warga maya.
BACA LAGI: [VIDEO] 'Jawab hi pun merdu', TokTi selamba berbahasa Thai jawab panggilan scammer
Dengan kapsyen Kakak Masak: Nasi Goreng Malas Leona sebagai permulaan konten di media sosialnya, gelagat dan reaksi beliau memasak menu tersebut berjaya menarik perhatian.
"Geramlah rasa nak tolong goreng dan tekan-tekan sikit nasi itu,” komen seorang pengikutnya di Instagram.
Komen salah seorang pengikut Leona di Instagram.
"Teringat dulu dia (Leona) struggle nak goreng telur, tapi hari ini tengok dah pandai masak nasi goreng make me cry, rasa macam nampak adik membesar, good job girl!,” kata seorang lagi pengikutnya.
Kemudian Leona berkongsi cara memasak sushi bake sambil berkongsi bahan-bahan dan cara memasak di ruang kapsyen.
“Memang senang nak buat dan sangat sedap! Boleh buat beberapa bahagian untuk disimpan untuk sahur atau berbuka. Jom cuba!” katanya Leona setelah menu tersebut siap dimasak.
Selain itu, anak bongsu daripada tiga beradik tersebut turut memuat naik cara memasak pencuci mulut kegemarannya iaitu kek cinnamon crumb.
“Salah satu kek kegemaran saya atau saya boleh katakan sudah sebati dengan saya? LOL,” ujarnya di kapsyen video tersebut.
Menu lain yang disediakan oleh Leona antaranya, truffle pasta, pad kra pow dan roti pisang coklat cip.
Nampak menarik menu-menu yang dimasak oleh Leona, mungkin boleh dicuba untuk dihidangkan pada waktu berbuka puasa atau bersahur.—Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter,Facebook,Instagram,WhatsApp ChanneldanTelegram