'Saya lebih bersedia sambut Ramadan kedua berbanding tahun lepas,' petinju MMA, Amber bersyukur ibadah puasa lancar


  • Relaks
  • Jumaat, 21 Mac 2025

Amber menyifatkan menjalani ibadah puasa Ramadan tahun kedua lebih tenang dan mendamaikan jiwa. — @amberleibrock_mma

PADA 2023, dunia dikejutkan dengan berita peninju wanita Seni Bela Diri Campuran (MMA), Amber Leibrock yang telah memeluk agama Islam.

Keputusan tersebut mendapat perhatian dunia tinju apabila Amber membuat keputusan tersebut dibuat tanpa ragu-ragu dan memberi lebih ketenangan dalam hidupnya.

Kini, Amber dilihat meluahkan rasa syukurnya kerana diberi peluang untuk menjalani ibadah berpuasa. 

BACA LAGI: Wanita ambil sekurang-kurangnya 50 gambar sebelum pilih yang terbaik untuk dimuat naik ke media sosial

BACA LAGI: Obesiti bukan hanya berat badan, risiko buah pinggang rosak, anak muda ramai obes sebab pemakanan

Beliau menyatakan Ramadan tahun kedua ini lebih teguh berbanding tahun lepas yang merupakan tahun pertama beliau menjalani ibadah puasa.

“Saya lebih bersedia menyambut Ramadan kedua berbanding tahun lepas. Tahun lepas agak mengejutkan dan tidak tahu apa yang perlu dijangka. Alhamdulillah Ramadan kali ini lain!” ujarnya menerusi satu hantaran di Instagramnya.

Amber antara peninju wanita terkenal dan disanjungi dalam MMA.

Pada masa sama, sebelum ini Amber turut meminta tip dan persediaan menghadapi Ramadan tahun kedua daripada pengikut di Instagram untuk mempelajari lebih mendalam apabila berpuasa.

“Saya cuba untuk tidak menggunakan media sosial sepanjang Ramadan, saya lebih fokus pada ibadah dan bersama keluarga. Saya pernah mencubanya sebelum ini, Alhamdulillah,” kata seorang pengikutnya di media sosial.

Terdahulu, Amber memilih untuk masuk Islam dan melafazkan kalimat syahadah di Pusat Komuniti Muslim, East Bang, California, Amerika Syarikat, selepas jurulatihnya Mujeeb Hameed membuat sering perkongsian kepadanya tentang keindahan agama tersebut.

Kemudian, peninju wanita lincah itu dikurniakan nikmat ketenangan dan amat bersyukur selepas memahami Islam.

Terdahulu, Amber sering melihat dirinya sentiasa berada dalam kegelapan setiap kali tamat perlawanan sehingga beberapa perkara peribadi berlaku dalam diri.

“Saya rasa seperti dalam kegelapan dan kehilangan. Saya hanya meminta Tuhan membantu penuhkan hati dan puaskan jiwa,” katanya dalam satu kenyataan di media sosial.

Tanpa ragu-ragu, Amber memaparkan penampilanya bertudung dalam satuy video dihasilkannya. Beliau menceritakan betapa rumit perjalanan hidupnya sebelum berjaya mendekatkan dirinya kepada ALLAH. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram