Nabila Huda ‘unboxing’ dapur gas mewah, ramai tidak sabar untuk melihat dekorasi dalaman rumah


  • Relaks
  • Rabu, 12 Mac 2025

Abil membeli sebuah dapur jenama Smeg Victoria yang dianggarkan bernilai RM28,000.

SEJAK kebelakangan ini, pelakon Nabila Huda meraih perhatian warga maya apabila beliau aktif memuat naik update mengenai renovasi kediaman baharunya termasuk pembelian pelbagai perkakas dan peralatan untuk dapurnya.

Menerusi sebuah hantaran di Instagramnya yang terbaharu, Nabila menunjukkan sesi ‘unboxing’ dapur gas baharunya.

Beliau dilihat sedang membuka balutan dapur gas jenama mewahberwarna hitam sambil menunjukan keterujaannya untuk memenggunakan dapur berkenaan.

BACA LAGI: Demi kesejahteraan mental, wanita perlu berani keluar zon penderaan elak risiko kemurungan

BACA LAGI: Hati-hati ambil jamu, penggunaan bahan terlarang, tiada kajian santifik risiko kanser payudara dan rahim

“Seksi la awak (dapur gas) ni, saya geramlah, saya geram nak masak ni!” kata Nabila merujuk pada dapur gas baharunya dalam salah satu potongan video di Instagramnya.

Nabila selepas selesai unboxing dapur gas baharunya.

Nabila yang sering berkongsi video masakan, kelihatan amat teruja dengan dapur jenama Smeg yang baru diterimanya. Dapur berkenaan dianggarkan bernilai RM28,000.

Ramai rakan-rakan artis turut menyatakan hasrat untuk datang berkunjung bagi melihat rumah dan dapur baharu. .

“Aku happy teruk sebab kita dah kembali dekat! Tak sabar, we go makan-makan nanti.,” kata pelakon Elizad Sharifuddin di ruang komen.

“Lebih banyak makanan Itali yang awak akan bantu perkenalkan kepada kami,” komen penyanyi Imran Ajmain pula.

Le Creuset Supreme yang bernilai hampir RM2,000.

Sementara itu, Abil sebelum ini turut memuat naik sebuah hantaran yang memaparkan periuk merah jenama Le Creuset. Periuk edisi khas Supreme itu dianggarkan bernilai hampir RM2,000.

Jadi, anggaran perkakas dapur Nabila adalah sekitar RM30,000 secara keseluruhan.

 

 

Terdahulu, Nabila berkongsi suasana rumahnya sedang dalam proses pengubahsuaian sambil menunjukkan detik-detik membeli barangan di dalam rumah.

Antara yang menarik perhatian ialah tab mandi panas dan tandas pintar dari Sorento Malaysia. Kedua-duanya dianggarkan berharga lebih kurang RM5,000. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, Instagram dan Telegram