Serikan kediaman sempena raya bersama Marsha Milan


  • Relaks
  • Selasa, 18 Mac 2025

Marsha (tengah) ketika pelancaran kempen 'Jom Serikan Raya Bersama Eco-shop pada Khamis.

PERUNCIT peralatan rumah terkemuka, Eco-shop Malaysia melancarkan kempen ‘Jom Serikan Raya Bersama Eco-shop’ di seluruh negara dalam usaha menyemarakkan sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.

Inisiatif yang berlangsung sehingga 12 April itu menawarkan promosi eksklusif, hadiah menarik dan kerjasama khas bersama pemenang Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39), Marsha Milan Londoh berusia 39 tahun.

Ketua Pegawai Eksekutif Eco-shop Malaysia, Jessica Ng berkata, kempen tahun ini bertujuan memastikan setiap isi rumah di Malaysia dapat menyambut musim perayaan dengan barangan keperluan dan hiasan mampu milik, sambil menonjolkan semangat sebenar raya.

BACA LAGI: 'Ready-to-wear' atau tempah khas, ini jenama fesyen raya pilihan Daiyan, Syamim dan Dynas

BACA LAGI: Niat awal mahu tangani isu pengangguran, pes kering Sudee kini penuhi permintaan diaspora Malaysia di serata dunia

Sebagai menambah kemeriahan, Eco-shop sekali lagi bekerjasama dengan Marsha untuk menangkap esensi baharu raya melalui video muzik raya mereka yang penuh ceria dan menggamit suasana istimewa.

“Misi kami mahu menjadikan kehidupan berkualiti mampu milik bagi setiap rakyat Malaysia. 

"Pada tahun ini, kami bukan hanya menawarkan produk, tetapi juga mencipta pengalaman yang bermakna.

"Kempen ‘Jom Serikan Raya Bersama Eco-shop’ mencerminkan komitmen kami untuk menjadi sebahagian daripada perayaan paling bermakna di Malaysia," katanya dalam kenyataan baru-baru ini.

Pelanggan juga boleh menyertai pertandingan Shop & Win untuk peluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM20,000. 

Eco-shop bekerjasama dengan Marsha melalui video muzik raya yang penuh ceria dan menggamit suasana istimewa.

Dua pemenang utama akan menerima set sofa bernilai RM5,000 setiap satu, manakala dua pemenang hadiah pertama akan menikmati set meja baharu bernilai RM3,000 setiap satu. 

Selain itu, 40 pemenang bertuah akan menerima baucar Eco-shop bernilai RM100 setiap satu.

Ahli Eco-shop pula boleh menebus beg kitar semula edisi terhad ‘Jom Serikan Raya Bersama Eco-shop’ secara percuma dengan pembelian minimum RM60 dalam satu resit. 

Direka eksklusif untuk kempen tersebut, beg itu menggabungkan gaya dengan kelestarian dan akan tersedia selagi stok masih ada.

Sementara itu, ujar Jessica, Hari Raya adalah bagi meraikan penyatuan bersama keluarga, tradisi dan nilai komuniti. 

"Kempen ini memperkasa hubungan tersebut dengan tawaran yang bukan sahaja menghormati kepentingan perayaan, malah memenuhi keperluan pelanggan kami.

"Sama ada melalui peraduan, barangan edisi khas mahupun video muzik baharu bersama Marsha, kami komited menjadikan raya kali ini meriah dan boleh diakses,” jelasnya.

Sebagai sebahagian daripada tawaran perayaan, Eco-shop turut memperkenalkan perkhidmatan Hadiah Hamper di lebih 300 cawangan seluruh negara. 

Dengan harga serendah RM30, pelanggan boleh memilih hamper yang dihias cantik dan diisi dengan keperluan perayaan, memudahkan mereka untuk berkongsi kegembiraan bersama tersayang. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram