'Che Puan Sofie sangat merendah diri', Menggigil tangan MUA Nadia, Che Puan Mahkota Kelantan hadir kelas solekan raya


  • Relaks
  • Selasa, 18 Mac 2025

Che Puan Sofie menghadiri kelas solekan yang dianjurkan oleh Nadia Nordin baru-baru ini. — Instagram/makeupbynadianordin

KEHADIRAN Che Puan Mahkota Kelantan, Sofie Louise Johansson Petra ke kelas solekan dikendalikan jurusolek (MUA), Intan Nadia Syazwani Mohamed Nordin, 31, meraih perhatian warga maya baru-baru ini.

Perkara itu dikongsikan jurusolek berkenaan menerusi laman Instagram miliknya, @makeupbynadianordin pada Ahad lalu.

Akui Intan Nadia Syazwania atau lebih dikenali sebagai Nadia Nordin, beliau mengadakan kelas solekan khas sempena Hari Raya Aidilfitri yang terbuka kepada orang ramai.

BACA LAGI: Mimi Lana, Siti Saleha pilih sentuhan magis Khir Khalid untuk solekan di hari bahagia

BACA LAGI: Che Puan Nur Diana Petra Abdullah diisytihar isteri Sultan Kelantan

Beliau sama sekali tidak menyangka Che Puan Sofie akan menyertai kelasnya dan menganggap itu menjadi sejarah terindah dalam perjalanan seninya.

"Saya buat grouping raya makeup class terbuka kepada umum dan tidak terfikir salah seorang peserta ialah Che Puan Sofie.

"Terkejut, terharu bercampur gembira sebab sebelum ini yang uruskan pendaftaran adalah atas nama pembantu peribadi beliau.

"Sehari sebelum baru (saya) diberitahu Che Puan Sofie yang akan sertai," tulisnya menerusi ruangan kapsyen video yang dimuat naik.

Nadia Nordin mengakui, ia seolah-olah mimpi tatkala melihat Che Puan Sofie melangkah masuk ke Sugar Candy Event Space, iaitu lokasi kelas solekan berlangsung.

"Terima kasih Che Puan Sofie sudi menyertai kelas hari ini. Gigil tangan Nadia tapi alhamdulillah, Che Puan Sofie sangat merendah diri dan baik," ujarnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram