[VIDEO] Hubungan adik-beradik penguat Elfira, Ezlisa hadapi dugaan 'broken family'


  • Relaks
  • Isnin, 17 Mac 2025

Ezlisa mengakui beliau bersyukur dikurniakan seorang kakak seperti Elfira. — Instagram/elfiraloy

DIBESARKAN oleh ibu tunggal membuatkan pelakon, Elfira Loy dan adik-beradiknya sentiasa bergantung antara satu sama lain dalam mengharungi pelbagai fasa kehidupan.

Bagi Elfira, ikatan erat antara adik-beradik memainkan peranan sangat penting dalam memastikan keluarga mereka tetap utuh meskipun datang daripada keluarga yang dianggap sebagai broken family.

Akuinya, mereka juga tidak pernah berasa sendirian kerana mempunyai satu sama lain sebagai sokongan.

Walaupun kami tidak mempunyai banyak harta, kasih sayang dan sokongan antara adik-beradik adalah paling berharga.

"Sebenarnya kami selalu memerlukan antara satu sama lain dari kecil sebab dibesarkan oleh ibu tunggal.

"Jadi kami selalu ada sama-sama untuk melalui fasa kesusahan itu. Nak buat apa pun memang ada adik-beradik saja.

"Masa kecil kita tiada banyak harta dan kasih sayang keluarga kerana berasal daripada broken family, tapi satu perkara yang saya hargai ialah kami ada satu sama lain sebagai adik-beradik," katanya menerusi satu hantaran video di laman Instagram alhumairaofficial, bersama adiknya, Ezlisa Loy.

Elfira bersama keluarga merakam gambar kenangan ketika menyambut perayaan Aidilfitri. — Instagram/elfiraloy

Ujarnya, satu perkara yang mereka pelajari dan hargai sepanjang tempoh membesar adalah kekuatan ikatan adik-beradk yang tidak boleh ditukar ganti.

Akui Elfira, dahulu beliau menganggap hubungan seperti itu adalah perkara biasa, namun kini dirinya sedar bahawa tidak semua individu berpeluang membina hubungan yang baik dengan adilk-beradik.

"Apabila sudah besar sebenarnya tidak semua orang ada kemesraan dengan adik-beradik. Rupanya itulah sebenarnya harta paling berharga," tutur beliau sambil mengusap air mata.

Bercerita lanjut, Ezlisa mengakui beliau bersyukur dikurniakan seorang kakak seperti Elfira.

"Beliau adalah susuk yang selalu ada untuk saya, sejak kecil hingga sekarang.

"Meskipun hubungan kami tidak selalu sempurna, kadang-kadang bergaduh, marah dan berbeza pendapat namun saya tahu, beliau adalah orang yang selalu saya perlukan dalam hidup," ungkapnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram