Mimi Lana, Siti Saleha pilih sentuhan magis Khir Khalid untuk solekan di hari bahagia


  • Hiburan
  • Isnin, 17 Feb 2025

Mimi Lana (kiri) dan Siti Saleha memiliki kecantikan rupa paras tersendiri. 

PEMINAT industri seni tanah air hujung minggu lalu berpeluang menyaksikan dua pasangan sama cantik sama padan melangsungkan pernikahan, selang sehari. 

Pasangan pelakon, Syafiq Kyle dan Mimi Lana, selamat diijabkabulkan di sebuah ruang acara di Taiping, Perak pada Jumaat.

Sementara pelakon popular, Siti Saleha sah bergelar isteri kepada pereka fesyen, Joshua Fitton dengan sekali lafaz pada majlis pernikahan yang berlangsung secara tertutup di Janda Baik, Pahang pada Sabtu.

BACA LAGI: Ingin berehat, Suria FM hormati keputusan Sharifah Shahirah tak sambung kontrak

BACA LAGI: [VIDEO] Tak kenal siapa Ed Sheeran, polis India cabut mikrofon semasa busking walaupun ada permit

Menariknya, kedua-dua pengantin perempuan mendapat sentuhan daripada jurusolek terkenal, Khir Khalid yang sememangnya dikenali dengan gaya mekap elegan dan semula jadi.

Kepada Majoriti, Khir Khalid berkongsi pandangan beliau mengenai keunikan serta perbezaan rupa paras Mimi Lana dan Siti Saleha, yang memiliki kecantikan tersendiri. 

Mimi Lana menurut Khir Khalid, mewakili kecantikan wanita Asia Melayu dengan wajah yang anggun dan semula jadi.

Sementara itu, Siti Saleha pula memiliki wajah campuran Pan-Asean yang sungguh elegan dan menawan.

https://apicms.majoriti.com.my/uploads/images/2025/02/17/3171723.jpeg

Khir Khalid menegaskan, kerja dan hasil seni yang dihasilkannya lebih penting berbanding mengikuti trend semasa. 

Khir Khalid turut menekankan bahawa gaya mekapnya memiliki identiti atau 'DNA' tersendiri, yakni sentuhan yang tidak merubah kecantikan semula jadi individu tersebut. 

Walaupun trend mekap artis daripada Thailand dan ala Korea kini popular dalam kalangan masyarakat di negara ini, beliau tetap berpegang pada prinsipnya dalam menyolek pengantin. 

"Saya tetap dengan DNA sendiri yang mana saya percaya ia masih menjadi pilihan ramai pengantin yang ingin tampil natural namun tetap elegan," katanya.

Sebagai jurusolek berpengalaman lebih dua dekad, Khir Khalid menegaskan bahawa kerja dan hasil seni yang dihasilkannya adalah lebih penting berbanding mengikuti trend semasa. 

Ujarnya, tidak perlu menjadi seperti individu lain, sebaliknya Khir Khalid memiliki gaya tersendiri.

Snapinst.app_478899455_18437235301078645_9154543783924587983_n_1080

Syafiq Kyle (kiri) dan Mimi Lana selamat diijabkabulkan di Taiping, Perak pada Jumaat.

"Gaya solekan saya ialah gaya Khir Khalid. Saya tidak perlu mengikuti apa yang orang lain lakukan sekarang kerana Khir Khalid ialah satu branding," jelas beliau.

Gaya mekapnya yang tidak mengubah kecantikan asal seseorang, menjadi satu penanda aras dalam industri dan itulah faktor beliau masih menjadi pilihan utama bagi kebanyakan selebriti dan pengantin.

Menyentuh tentang kerelevanan dalam industri, Khir Khalid mahu hasil kerja yang berbicara untuk dirinya. 

"Saya tidak perlu banyak bercakap, tidak buat tutorial atau kelas mekap, tetapi saya pastikan hasil kerja diberi adalah yang terbaik. 

"Biarlah orang menilai melalui kerja saya," katanya lagi.

Menurut Khir Khalid, solekan sentiasa berkembang dari satu era ke satu era. 

Justeri baginya, penting untuk jurusolek sentiasa berevolusi dan menyesuaikan diri dengan kehendak industri.

"Kita perlu melihat apa yang digemari generasi baharu untuk terus relevan dan dikenali," tambahnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, Instagram daTelegram