Che Puan Nur Diana Petra Abdullah diisytihar isteri Sultan Kelantan


  • Primer
  • Selasa, 02 Ogos 2022

Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berkenan mengisytiharkan isteri baginda, Che Puan Nur Diana Petra Abdullah sebagai Sultanah Kelantan berkuat kuasa Selasa.

SULTAN Kelantan, Sultan Muhammad V berkenan mengisytiharkan isteri baginda, Che Puan Diana Petra Abdullah sebagai Sultanah Kelantan berkuat kuasa pada Selasa.

Pelantikan itu membawa gelaran Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Diana Petra Abdullah.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob membacakan pengisytiharan tersebut di Istana Balai Besar yang turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Nazran Muhammad.

Menurut Ahmad, pengisytiharan dilakukan menurut Fasal (1) Perkara 43 Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua) bagi pemakluman kepada negeri dan rakyat amnya.

Baginda juga memperkenankan Che Puan Sofie Louise Johansson Petra iaitu isteri Tengku Mahkota Kelantan sebagai Yang Teramat Mulia Che Puan Mahkota Kelantan.

Kurniaan pangkat itu berkuat kuasa pada Selasa. — Astro Awani

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram