
KISAH teladan masyarakat Cina Muslim jadi buah tangan terbaharu pengarah dan pelakon terkenal, Sabri Yunus dalam menghasilkan sebuah filem pendek Agro Bank sempena Hari Raya Aidilfitri.
Sarat dengan elemen kekeluargaan, filem web ‘Terimalah Mama dan Papa’ membawa penonton menyelami perasaan individu bergelar ‘Cina mualaf’ yang pada dasarnya kurang diterima masyarakat.
“Saya banyak belajar daripada keluarga Cina mualaf dan sebab itu saya inspirasikan filem pendek ini daripada kisah benar sendiri.
“Ada antara kumpulan mualaf ni mereka tidak diterima keluarga dan anak-anak, jadi itu yang kita nak angkat nilai kasih sayang sempena perayaan Aidilfitri kali ini.
BACA LAGI : [VIDEO] 'Jawab hi pun merdu', TokTi selamba berbahasa Thai jawab panggilan scammer
BACA LAGI : Bermodalkan RM20,000, Zed Zaidi mulakan bisnes insurans 'road tax' KawKaw!, matlamat bantu klien B40
“Jadi kisah sedih ni memang sinonim dengan hari raya, jadi kita sampaikan dalam bentuk filem pendek, biar masyarakat tahu pengorbanan individu bergelar Cina mualaf ni,” katanya kepada Majoriti.
Sabri Yunus selaku pengarah filem web Terimalah Mama dan Papa
Dalam pada itu, filem pendek berdurasi lapan minit itu menekankan konsep yang berlainan dengan mengetengahkan kisah sepasang suami isteri mualaf merindui anak mereka yang telah lama tidak pulang ke kampung halaman.
Berlatar belakangkan Ramadan dan Aidilfitri, Sabri Yunus selaku pengarah telah berjaya menggabungkan elemen kasih sayang, penerimaan dan keutuhan ikatan kekeluargaan dalam perbezaan agama.
Ketua Pegawai Eksekutif Agro Bank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berharap agar filem pendek terbabit dapat diterima seluruh masyarakat negara.
"Filem web 'Terimalah Mama dan Papa' ini membawa mesej yang mendalam tentang nilai kekeluargaan. Pemilihan tema umum ini sangat bertepatan dengan semangat Aidifitri untuk bermaaf-maafan dan mengeratkan silaturahim.
“Kash sayang ibu bapa terhadap anak-anak adalah abadi dan tidak pernah pudar walau apa jua perbezaan yang wujud.
“Oleh itu, filem ini mengingatkan anak-anak akan kewajipan mereka untuk sentiasa berbakti dan berbuat baik kepada kedua ibu bapa,” katanya.
Filem pendek Aidilfitri berjudul Terimalah Mama dan Papa boleh ditonton menerusi platform media sosial Agro Bank bermula 14 Mac nanti. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram