[VIDEO] 'Jawab hi pun merdu', TokTi selamba berbahasa Thai jawab panggilan scammer


  • Hiburan
  • Jumaat, 14 Mac 2025

Tangkap layar TokTi ketika menjawab panggilan individu tidak dikenali baru-baru ini.

ISU penipuan atas talian ataupun scam boleh berlaku pada sesiapa tanpa mengira pangkat mahupun darjat individu.

Siapa sangka, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, 46, turut menjadi mangsa menerusi panggilan telefon scammer.

Situasi itu berlaku ketika Biduanita Negara tersebut sedang sibuk mempromosikan jualan produk kosmetiknya di platform TikTok sebelum menerima panggilan telefon daripada seorang individu lelaki tidak dikenali.

BACA LAGI: Bermodalkan RM20,000, Zed Zaidi mulakan bisnes insurans 'road tax' KawKaw!, matlamat bantu klien B40

BACA LAGI: [VIDEO] 'Jangan percaya, penipu!,' Tokti bengang scammer guna Al muka dan suaranya

Tenang menjawab panggilan itu, Siti tampil berbahasa Thailand selepas disapa dalam dialek berkenaan.

"Wrong number, wrong number, saya tau dah itu semua scammer, pelaburan semua ni kita elakkan la ya," katanya.

 

 

 

 

Paling mencuri perhatian, kelunakan suara Siti atau lebih mesra disapa TokTi itu meraih pujian warga maya yang nyata mengagumi bakat semula jadi penyanyi tersebut.

"Jawab hi pun merdua suara," kata Rinaaa.

"Beruntungnya scammer tu ada nombor telefon TokTi, hari-hari boleh dengar suara merdu," ujar captain.

Terdahulu, TokTi pernah menjadi mangsa penipuan scammer apabila suara dan wajahnya diguna pakai oleh individu tidak bertanggungjawab di platform sosial.

Menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) sebagai modus operandi, perkara itu mendapat perhatian pelantun lagu Cindai tersebut yang tegas menafikan penipuan berkenaan.

“Palsu! Jangan percaya ‘scammer’! Ini adalah salah satu contoh kes cubaan menipu menggunakan nama, akaun media sosial yang ada nama dan gambar saya, siap letak suara Al untuk yakinkan orang ramai.

“Selebihnya, ambil mana-mana video live saya dengan tujuan hendak perangkap supaya orang percaya,” katanya menerusi hantaran di Instagram. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram