[VIDEO] Kecoh satu Klang gudang kurier dirompak sekumpulan lelaki berparang


  • Tular
  • Jumaat, 14 Mac 2025

Tangkap layar kejadian rompak di sebuah gudang kurier di Jalan Haji Abdul Manan dekat Meru, Klang pada Jumaat.

SEBUAH gudang kurier dipercayai kerugian ribuan ringgit selepas dirompak sekumpulan lelaki di bersenjatakan parang di Jalan Haji Abdul Manan dekat Meru, Klang, Selangor pada Jumaat. 

Kejadian samun yang berlaku sekitar pukul 12.26 tengahari itu turut dirakam kamera litar tertutup (CCTV) premis berkenaan dan ditularkan di laman media sosial di hari yang sama. 

Melalui video seminit lebih yang dikongsikan kempat-empat suspek itu terlebih dahulu bersembunyi dalam sebuah kenderaan jenis Perodua Bezza Biru yang diparkir di dalam gudang berkenaan. 

BACA LAGI:  [VIDEO] Perompak bertopeng dan berparang mati ditembak di Sepang berbahaya, guna MO pulang ke negara asal lepas buat jenayah — Polis

BACA LAGI: [VIDEO] 'Keadaan jasad macam tisu basah', tular pengunjung jumpa mayat reput dalam kereta di parkir 'basement' pusat beli-belah terkemuka KL

Sementara itu, kelihatan semua pekerja gudang berkenaan kelihatan sibuk dalam melakukan tugasan masing-masing sebelum tiga orang suspek bersenjatakan parang secara tiba-tiba keluar dari kenderaan tersebut.  

Kesemua suspek kemudiannya dilihat menuju ke arah meja dan mengeluarkan wang. 

Salah seorang suspek dilihat turut cuba menyerang salah seorang pekerja wanita di gudang tersebut. 

Suspek kemudiannya bergegas melarikan diri dari tempat kejadian menggunakan kenderaan yang sama selepas melihat beberapa pekerja lelaki gudang tersebut cuba melawan dan menangkap mereka. 

Namun, setakat berita ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan daripada pihak berkuasa. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram