[VIDEO] Lelaki menyamar wanita pakai telekung curi beg jemaah di Gombak ketika subuh


  • Tular
  • Jumaat, 14 Mac 2025

Tangkap layar memaparkan seorang lelaki mencuri beg jemaah di ruang solat wanita di sebuah masjid di Gombak, Selangor pada Khamis.

TINDAKAN seorang lelaki bertindak menyamar sebagai wanita dengan memakai telekung sebelum mencuri beg jemaah di ruang solat wanita di sebuah masjid di Gombak, Selangor pada Khamis mengundang kemarahan orang awam.

Manakan tidak, suspek tersebut mengambil kesempatan melakukakan perbuatan tersebut ketika para jemaah sedang khusyuk mengerjakan solat.

Difahamkan, kejadian berlaku sekitar sekitar pukul 3.20 pagi di Masjid Zaid Bin Haritsah, Sungai Mulia, Jalan Gombak, dipercayai ketika jemaah melakukan qiamulail.

BACA LAGI: [VIDEO] Perompak bertopeng dan berparang mati ditembak di Sepang berbahaya, guna MO pulang ke negara asal lepas buat jenayah — Polis

BACA LAGI: [VIDEO] 'Keadaan jasad macam tisu basah', tular pengunjung jumpa mayat reput dalam kereta di parkir 'basement' pusat beli-belah terkemuka KL

Kejadian yang dirakam kamera litar tertutup masjid berkenaan turut tular di laman Facebook, Asal Gombak 2.0 pada Jumaat.

"Kejadian awal pagi semalam (Khamis) di Masjid Zaid Bin Haritsah Sungai Mulia Jalan Gombak, ada kes kecurian beg tangan jemaah wanita di dalam masjid tersebut ketika mangsa sedang solat.

"Terkutuk sungguh pencuri ini, sampai sanggup pakai telekung! Kepada warga sekitar, sila ambil langkah berhati-hati," tulis pentadbir halaman Facebook tersebut.

Berdasarkan rakaman yang dikongsikan, suspek menyelinap masuk ke ruang solat wanita sebelum memakai telekung yang disediakan di situ.

Dia kemudiannya dilihat berpura-pura seperti jemaah lain yang ingin menunaikan solat sambil memerhatikan keadaan sekeliling.

Namun, selepas melihat keadaan agak lengang, dia mengambil kesempatan mencuri beg milik salah seorang jemaah wanita.

Difahamkan, suspek kemudiannya beredar dari masjid berkenaan selepas melarikan beberapa beg milik jemaah.

Setakat berita ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh pihak berkuasa. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram