Perincian, tekstur lembut koleksi Melodia cerminan kasih sayang keluarga menjelang raya


  • Relaks
  • Khamis, 06 Mac 2025

Daripada kemeriahan keluarga di meja makan hingga ke keanggunan klasik samping dan kain lilit, Melodiameraikan hubungan dan warisan. — Our Second Nature

JENAMA pakaian dan gaya hidup yang berpusat di Singapura, Our Second Nature (OSN) buat pertama kalinya memperkenalkan rekaan khas menjelang musim perayaan, Melodia.

Diinspirasikan oleh alunan bunyi yang menghidupkan semangat raya, setiap rekaan dalam Melodia dirangka mencipta keharmonian, baik dipakai sendiri mahupun digayakan sedondon bersama seisi keluarga.

Daripada kemeriahan keluarga di meja makan hingga ke keanggunan klasik samping dan kain lilit, Melodiameraikan hubungan dan warisan.

BACA LAGI: Saloma jadi inspirasi, Koleksi Raya Khoon Hooi 2025 tradisi bertemu moden

BACA LAGI: Fesyen warga Singapura lebih sekular, Malaysia minat perincian, Dahlia lebih selektif bawa jenama tempatan ke seberang tambak

Setiap rekaan dalam Melodia direka dengan teliti untuk mencipta keharmonian dan keserasian. — Our Second Nature

Sentuhan perincian yang teliti dan tekstur lembut menggambarkan erti kebersamaan, menjadikan koleksi tersebut simbol pesona raya yang tak lapuk dek zaman.

Seiring pelancaran koleksi itu, OSN turut mengadakan rumah terbuka eksklusif Raya Trunk Show bagi meraikan raya dalam suasana yang mesra dan intim.

Selain itu, komuniti juga berpeluang merasai sendiri keindahan melodia, daripada perincian teliti, tekstur lembut hingga ke sentuhan pertukangan elegan yang menjadi identiti koleksi tersebut.

Our Second Nature  buat pertama kalinya memperkenalkan rekaan khas pada musim perayaan. — Our Second Nature

Selain itu, tetamu juga dijamu dengan pelbagai aktiviti khas, termasuk permainan batu seremban yang diperbuat daripada fabrik jacquard khas dan sesi anyaman ketupat sentuhan moden.

Lebih daripada sebuah pratonton, acara itu  menghidupkan semangat tradisi, kebersamaan keluarga dalamsetiap momen yang bermakna.

Setiap rekaan Melodia dirangka mencipta keharmonian seisi keluarga. — Our Second Nature

 

Pop-Up Pasar Seloka 

Bagi meraikan pelancaran koleksi Melodia, OSN turut membawakan pengalaman pop-up Raya di Pasar Seloka, The Five Damansara, Kuala Lumpur dari 24 Februari hingga 25 Mac 2025. 

Pop-up itu bertujuan mengeratkan hubungan dengan komuniti setempat menjelang musim perayaan.

Sempena raya kali ini, OSN juga menyediakan pelbagai tawaran istimewa, termasuk hadiah eksklusif raya, ganjaran lebih besar untuk program kesetiaan mereka, The Bluhaus Club dan aneka makanan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, Instagram daTelegram