Saloma jadi inspirasi, Koleksi Raya Khoon Hooi 2025 tradisi bertemu moden


  • Bizz
  • Khamis, 13 Feb 2025

Diinspirasikan oleh, Saloma, siluet klasik diolah semula dengan sentuhan berani untuk menonjolkan suasana muda dan dinamik. — Khoon Hooi

KOLEKSI Raya Khoon Hooi 2025 menampilkan gabungan sempurna merangkumi elemen tradisi dan moden.

Diinspirasikan oleh ikon fesyen tempatan era 1950-an dan Biduanita Negara, Puan Sri Saloma, siluet klasik diolah semula dengan sentuhan berani untuk menonjolkan suasana muda dan dinamik.

Keanggunan masa lalu diberi nafas baharu dengan pendekatan lebih segar apabila unsur warisan bertemu humor manakala kesopanan berinteraksi dengan surreal.

BACA LAGI: Tempias trend boikot beri 'keuntungan' buat Zlay, pelanggan beralih jenama lokal

BACA LAGI: Fesyen warga Singapura lebih sekular, Malaysia minat perincian, Dahlia lebih selektif bawa jenama tempatan ke seberang tambak

Baju kebaya dan baju kurung dalam koleksi tersebut direka dengan penggunaan kain brokat bunga, fil coupe dan jacquard baldu, memberikan sentuhan sofistikasi yang mewah.

Untuk pertama kalinya, sifon bercetak bunga diperkenalkan sebagai menambah daya tarik yang lembut dan ringan, memberikan sentuhan feminin pada keseluruhan penampilan.

Koleksi raya tersebut turut menawarkan kapsul baju Kedah diperbuat daripada renda guipure halus dan kain jacquard geometri, mencipta gabungan seimbang antara elemen klasik dan moden.

Siluet terstruktur dan garis hujung yang tidak teratur lebih menyerlahkan kepakaran Khoon Hooi dalam rekaan yang mengutamakan kesempurnaan seni dan kreativiti.

Palet warna dalam koleksi berkenaan turut menyaksikan gabungan warna asas hitam dan putih dipadankan dengan tona lembut serta warna permata yang berani.

k5

Baju kebaya dalam koleksi tersebut direka dengan penggunaan kain brokat bunga, fil coupe dan jacquard baldu, memberikan sentuhan sofistikasi yang mewah. — Khoon Hooi

Perpaduan warna itu membuka ruang pelbagai interpretasi di samping memberi kebebasan dalam mengekspresi diri.

Reka bentuk asimetri, lipatan dan origami dihiasi dengan perhiasan bunga, rantai kristal serta variasi kerongsang, memberikan sentuhan berkilau yang menyempurnakan keseluruhan busana.

Koleksi Raya Khoon Hooi 2025 merangkum gaya yang tidak hanya halus tetapi juga berani.

Ia merupakan penghormatan kepada zaman silam, sambil merayakan kesinambungan tradisi yang terus relevan dalam dunia fesyen moden.

Koleksi Raya Khoon Hooi 2025 merangkumi Nelissa, Saloma, Rani, Nala, Lina, Myriam, Salma, Anyda, Nadini, Trisya, Ria dan Vera, manakala kapsul dikenali dengan nama Izyan, Liyana dan Shakira.

Nelissa merupakan set kebaya menampilkan atas brokat bunga yang dihiasi dengan trim renda halus dan ditutup dengan bukaan kait di bahagian depan.

Kepingan tersebut dipadankan dengan skirt drap asimetri dalam satin crepe bertekstur, dihiasi dengan manik kaca.

k1

Koleksi Raya Khoon Hooi 2025 menggabungkan elemen klasik dan moden. — Khoon Hooi

Sementara itu, Saloma adalah set kebaya yang menggabungkan elemen klasik dan moden itu terdiri daripada atas fil coupe dengan trim renda yang sopan dan skirt sarung satin dengan butiran polka dot baldu.

Bagi kapsul Izyan pula, baju Kedah moden itu menampilkan floral Guipure lace top dengan garisan tidak sekata, yang dipadankan bersama fully lined geometric jacquard skirt yang dihiasi dengan lipatan di belakang.

Direka untuk gaya dan keselesaan, skirt tersebut dilengkapi dengan tali pinggang elastik dan zip belakang untuk keselesaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram