
TIDAK hanya memiliki wajah manis dengan tahi lalat di bawah bibir kirinya, Isobel Daniella Iking, 17, juga membuktikan bahawa kecantikan dimiliki seiring dengan kecemerlangan dalam bidang akademik.
Laman Instagram milik puteri sulung kepada pengacara dan personaliti televisyen, Daphne Iking itu dihujani ucapan tahniah selepas berkongsi beberapa foto dirinya menerima biasiswa The Star Education Fund, pada Rabu.
Daphne atau nama sebenarnya Dahlia Daphne Eleanor Mozes Iking dilihat turut sama menemani anaknya ke majlis Penyampaian Anugerah Biasiswa 2024, yang berlangsung di Menara Star, Petaling Jaya, Selangor.
BACA LAGI: [VIDEO] Celepets bukan sekadar grup vokal wanita
BACA LAGI: Perantau Hijau Kuning beraya sakan di padang bola, eratkan silaturahim ahli Kelab Kedah Serata-rata
Isobel Daniella (kiri) ketika menerima sijil biasiswa The Star Education Fund. — Isobel Daniella
Berita gembira itu turut dikongsikan suami Daphne, Azmi Abdul Rahman menerusi laman media sosialnya, yang turut sama berbangga dengan pencapaian pendidikan dikecapi anaknya.
"Sekali lagi anak perempuan kami memperoleh markah sempurna, 4.0 (Purata Gred Nilai) dan inilah masa terbaik untuk seorang bapa berbangga dengan anaknya," tulisnya menerusi kapsyen di Instagramnya, @joelebosi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya menzahirkan ucapan tahniah buat Isobel Daniella atas kejayaan tersebut.
"Tahniah! Sungguh menyeronokkan melihat kamu membesar menjadi seorang gadis muda yang luar biasa melalui media sosial ibu kamu.
"Kami semua sangat gembira untuk kamu. Semoga berjaya dalam segala usaha pada masa hadapan," tulis _zunh.
Untuk rekod, Isobel Daniella yang menamatkan Program Asasi di Universiti SEGi kini melanjutkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan di universiti sama. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram