
KARTUNIS popular, Mohd Azmi Mohd Hussin, 41, disahkan meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang pada Rabu malam.
Perkara itu dikongsikan rakan karibnya, Hairul Abu Hassan di Facebook difahamkan akibat serangan jantung ketika dalam perjalanan pulang dari bazar Ramadan bersama keluarganya.
BACA LAGI: Kecewa industri komik tak laku, kartunis Ujang gesa saluran TV khas buat pelukis komik animasi
BACA LAGI: Anak didik pertama sifu M Nasir, lukisan mural Joey Daud pernah ditempah Sultan Johor
"Mendapat perkhabaran kartunis Azmi Hussin meninggal dunia ketika ke bazar Ramadan Pulau Pinang akibat serangan jantung.
"Semoga ALLAH mengampuni dosa-dosanya dan menempatkannya di kalangan orag beriman," ujarnya.
Jenazah akan disolatkan di Masjid Bandar Baru Air Itam selepas solat Zuhur dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Hashim Yahya Jalan Perak, Pulau Pinang pada Khamis.
Merupakan kartunis terkenal sebaris nama besar seperti Ibrahim Anon, Jaafar Taib dan kartunis Ubi, pencapaian terbesar Allahyarham adalah buku komik keduanya, bertajuk ‘The Litte Mamak’ tersenarai antara 50 buku terbaik di Malaysia oleh Majlis Buku Negara dan mewakili negara ke Pesta Buku di Frankfurt, Jerman.
Bapa kepada tiga cahaya mata itu sebelum ini turut pernah pernah menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records, iaitu ‘Most Caricature Live Painting in 24 hours’ selepas melukis 320 karikatur dalam masa 24 jam. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram