
BEBERAPA doktor dan pakar kesihatan negara tampil menegur minuman berisiko tinggi kencing manis yang menjadi trend berbuka puasa Ramadan kali ini.
Berkongsi semula video resipi pempengaruh Khairul Aming menerusi di laman X (Twitter) pada Isnin, minuman itu disifatkan terlampau tinggi kandungan gula yang boleh mengakibatkan individu berdepan obesiti.
Pakar Perunding Perubatan dan Nefrologi, Dr. Rafidah Abdullah menerusi ciapan ringkasnya berkata, berbuka dengan minum air kosong sahaja sudah mencukupi untuk menghilangkan dahaga.
BACA LAGI: Terima ucapan penghargaan PM New Zealand, Khairul Aming jadi pilihan pegang jawatan Exco Pelancongan
BACA LAGI: 'Kalau ada 100 usahawan macam Khairul Aming, lebih 10,000 anak muda takkan tinggalkan Kelantan'
"Saya berbuka air kosong. Alhamdulillah hilang juga hausnya, tiada risiko kencing manis," tulisnya pada Ahad.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Galen untuk Dasar Kesihatan dan Sosial, Azrul Mohd Khalib tidak ketinggalan berkongsi statistik pesakit diabetes di Malaysia.
Jelasnya, lebih tujuh juta rakyat Malaysia mengidap penyakit kencing manis bagi tahun ini dan kos rawatan ditanggung oleh subsidi cukai kerajaan.
Pun begitu, laman sosial dibanjiri komen warga maya yang rata-ratanya menyatakan sokongan terhadap pempengaruh tersebut.
Menyifatkan ia sebagai perkongsian istimewa di bulan Ramadan, segelintir pihak menafikan minuman sedemikian boleh menjerumus ke arah negatif jika dipantau.
"Dah kenapa kena petik Khairul Aming, minuman fast food pun sama, air kedai kopi tu semua manis juga tak pula ditegur, dah memang dia content creator cuma buat tugas dia je," kata Trisyia.
"Pendekatan mengajak ke arah makanan sihat ni buat ramai terkesan, cuba doktor tukar ayat jangan petik Khairul Aming atau mana-mana pempengaruh, mungkin lebih baik," ujar Shah Haikal.
"Dia macam ni doktor, Khairul Aming cuma bagi idea untuk orang tukar selera waktu berbuka, nak ikut atau tak pilihan masing-masing," tambah soursystem.
"Baru puasa pertama dah dikecam, boleh je buat ciapan sendiri tapi nak petik orang, banyak lagi jenama manisan yang lain," kata Danial Huz.
Dalam pada itu, Rafidah menerusi ciapan berasingan menegaskan dia akan sentiasa memberikan kesedaran kepada oang ramai berhubung bahaya makanan dan minuman tidak sihat. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram