
ANAK syarikat Tropicana Corporation Berhad, Tropicana Golf & Country Resort (TGCR) tidak hanya terkenal dalam menghidangkan salah satu bufet Ramadan terbesar di Petaling Jaya, Selangor tetapi juga kerana komitmennya terhadap amal dan kebajikan.
Selain menyajikan lebih 200 hidangan menarik dalam Selera Muhibbah Bufet 2025, TGCR turut menganjurkan majlis berbuka puasa yang penuh bermakna dengan mengundang 87 anak yatim dari tiga rumah kebajikan.
Anak-anak yatim dari Persatuan Kebajikan Anak-Anak Yatim Siti Hajah Kamariah, Pusat Jagaan Yayasan Wardatul Jannah dan Pusat Tahfiz Darus Syabab diberi peluang menikmati hidangan berbuka yang lazat bersama pengunjung lain.
Lebih 200 juadah disediakan dalam Selera Muhibbah Buffet 2025.
Mereka bukan sahaja disajikan dengan juadah berbuka yang pelbagai tetapi turut menerima duit raya serta beg cenderahati sebagai simbol kasih sayang.
Majlis itu memberi mereka sedikit kegembiraan di bulan Ramadan yang penuh baraka dan lebih penting lagi dapat memberi mereka rasa dihargai dan disayangi oleh komuniti.
Dalam suasana yang penuh kehangatan, acara itu turut mendapat sokongan daripada penaja utama, Fraser & Neave (F&N) yang memastikan semua tetamu termasuk anak-anak yatim kekal terhidrat dengan minuman F&N yang segar sepanjang majlis.
Pengerusi Tropicana Corporation Berhad, Tan Sri Datuk Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, mereka berbangga dapat menganjurkan Selera Muhibbah Bufet itu dan berasa bermakna dapat mengundang anak-anak yatim untuk berbuka bersama-sama.
"Majlis ini adalah sebahagian daripada usaha kami untuk memberi kembali kepada masyarakat terutamanya golongan yang kurang bernasib baik.
"Ini adalah tradisi amal yang telah kami teruskan lebih dari 10 tahun dan kami berharap dapat memberi sedikit kebahagiaan kepada mereka yang hadir," katanya dalam majlis berbuka puasa bersama anak yatim di lokasi berkenaan pada Isnin.
Nasi ayam kambing antara menu yang ditawarkan dalam Selera Muhibbah Buffet 2025.
Selera Muhibbah Buffet itu turut menawarkan pelbagai hidangan seperti Gado-Gado, Som Tam, Nasi Lamuni, Ayam Golek Bermadu Bijan, Ikan Mayong Asam Pedas, Rendang Tok Kambing, Kari Daging Hijau (Gaya Thai) dan Pucuk Ubi Masak Lemak Ikan Tamban.
Suasana yang meriah juga diserikan dengan persembahan ghazal dan hiasan tradisional yang mencipta suasana Ramadan yang autentik.
Dengan harga tiket bermula dari RM80++ untuk orang awam dan RM98++ untuk acara peribadi, buffet ini akan berlangsung sehingga 29 Mac 2025.
Tidak hanya itu, untuk menyambut ketibaan Syawal, TGCR juga menawarkan pengalaman ‘Raya Bersama’ dari 31 Mac hingga 28 April 2025 dengan harga bermula RM98++.
Untuk tempahan, orang ramai boleh menghubungi TGCR di talian 03-7804 8888 atau emel ke [email protected]. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram