SUDAH menjadi kelaziman buat masyarakat Islam sedunia menunaikan solat tarawih di bulan Ramadan.
Namun, situasi berbeza di sebuah Masjid Hanna Samsiah, Desa Marumpa, Sulawesi Selatan, Indonesia ini apabila barisan jemaahnya menerima pelbagai hadiah lumayan usai menunaikan ibadah tersebut.
Bagai durian runtuh, beberapa individu membawa pulang hadiah berupa mesin basuh, televisyen dan paling mengejutkan pakej umrah pada Ahad.
BACA LAGI: [VIDEO] 'Main TikTok atau baca surah', tindakan wanita buat live solat tarawih terima kecaman
BACA LAGI: Sudah solat tarawih, umat Islam Wakal Maluku di Indonesia mula berpuasa pada Khamis
Hadiah dimenangi berdasarkan cabutan undi dibuat dengan setiap jemaah diminta mengambil lipatan kertas bernombor dari sebuah bekas.
Penghulu Mukim Marusu, Syamsul Idrus berkata, penyampaian hadiah itu merupakan tradisi dijalankan setiap tahun di masjid berkenaan.
"Begitu la setiap tahun, tahun lepas setiap malam hadiah diberikan ialah pakej umrah," katanya.
Jelasnya, setiap hadiah diberikan merupakan sumbangan daripada pemilik masjid yang mempunyai syarikat perniagaan kembara umrah. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
