
PENYANYI tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza berkongsi momen manis anak perempuannya, Siti Aafiyah Khalid melaksanakan ibadah puasa untuk pertama kali pada tahun ini.
Menerusi Instagram Story di akaun miliknya yang dimuat naik pada Ahad, Siti Nurhaliza berkongsi pengalaman berharga tersebut dengan para pengikutnya.
Dalam perkongsian tersebut, Biduanita Negara itu bertanya kepada Siti Aafiyah mengenai pengalamannya berpuasa pada hari pertama.
BACA LAGI: Inovasi meja ergonomik anak muda dari Pulau Pinang, tak gentar persaingan, teruskan legasi keluarga
Siti Nurhaliza tanya mcm mana hari pertama Aafiyah puasa. “Lapar!” *gelak tutup muka* pic.twitter.com/qaFIuHvwxe
— Heize Tatler (@heizetatler) March 2, 2025
Puteri sulung kepada pasangan Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid Muhammad Jiwa itu dengan jujur menjawab dirinya sedang kelaparan.
"Lapar!" katanya sambil menutup mulut menahan ketawa.
Siti Nurhaliza meluahkan rasa bangga dengan pencapaian anaknya yang berjaya menjalani ibadah puasa pada usia tujuh tahun.
Beliau dalam pada itu sempat menceritakan pengalaman masa kecilnya yang pernah muntah beberapa minit sebelum berbuka puasa gara-gara tidak dapat menahan lapar.
"Alhamdulillah, sikit lagi, berapa minit sahaja lagi okay," ujarnya. "Ibu masa kecil, lagi dua minit nak buka puasa ibu muntah sebab tak tahan. Aafiyah tak muntah pun sebab Aafiyah lagi 'strong' daripada ibu," tuturnya.
Selain keletah anak, penyanyi yang mesra disapa Tokti itu sering mencuri perhatian pengikutnya di media sosial apabila berkongsi masakannya ketika menjalani ibadah puasa.
Pastinya peminat penyanyi itu teruja menantikan juadah disediakan di samping melihat kecekapan pelantun lagu Percayalah dan Nian Di Hati itu menyediakan hidangan berbuka puasa untuk keluarga tercinta. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram