
PENYANYI popular Korea (K-pop) yang berasal daripada Thailand, Lalisa 'Lisa' Manobal, mengumumkan penglibatannya dalam dunia komik dengan pelancaran komik sulungnya, Alter-ego: The Official Comic.
Sisi baharu yang dilihat oleh peminat penyanyi itu atau lebih tepat dalam projek sepanjang 56 halaman yang diinspirasikan oleh album solo pertamanya yang akan datang, bakal dilancarkan di bawah label rakamannya sendiri, LLOUD pada 28 Februari.
Komik tersebut menonjolkan lima watak unik seperti Roxi, Kiki, Vixi, Sunni dan Speedi yang mewakili pelbagai watak personaliti bintang Thailand tersebut.
BACA LAGI: [VIDEO] Suspek, mangsa kes tetak di Johor Bahru saling tak mengenali, gaduh mulut jadi punca amukan
Kisah visual itu dihasilkan oleh ilustrator Jepun, MinoMiyabi yang telah bekerja dengan artis-artis seperti Gorillaz, Poppy dan Yungblud.
Lisa merupakan artis terbaru yang bekerjasama dengan penerbit komik Zero Zero Entertainment, yang juga sebelum ini telah berkolaborasi dengan artis seperti Elvis Presley, Blondie, Weird Al Yankovic dan kumpulan K-pop, NCT 127.
Peminat boleh membuat pra-tempahan Alter-ego: The Official Comic dengan harga 682 baht (RM89.60) di LalisaComics.com. Isu pertama dijadual akan siap dihantar pada bulan Mac.
Lisa yang di trasnformasikan dalam watak komik.
Sementara itu, ketika dia semakin yakin melangkah ke fasa solo dalam kariernya, artis berusia 27 tahun tersebut terus ligat mengembangkan kariernya.
Penyanyi "Rockstar" itu baru-baru ini membeli SUV Ferrari Purosangue baharu dan meletakkannya di sebelah model Ferrari 812 yang dibelinya tahun lalu.
Turut berada dalam dalam senarai koleksi supercar beliau adalah Porsche 911 GT3 RS yang menampak dirinya elegan dalam memiliki kereta mewah berkuasa tinggi.
Tambahan pula, tahun 2025 adalah tahun pelancaran bagi bintang Blackpink tersebut yang membuat penampilan pertamanya dalam siri "The White Lotus" musim ketiga dengan memilih lokasi di negara asalnya, Thailand.
Lisa memainkan watak Mook, seorang jurulatih kesihatan untuk tetamu resort White Lotus, yang mungkin menyembunyikan rahsia. Siri ini mula ditayangkan pada minggu ini di HBO. - AGENSI/ANN
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram