
UMUM mengetahui ikan paus merupakan spesis terbesar hidupan laut yang sudah pasti tidak akan kita temui di mana-mana zoo di dunia. Secara purata, ikan paus boleh mencecah kira-kira 30 meter panjang serta berat lebih 100 tan dan hidup secara nomad.
Jadi, bersempena dengan Hari Paus Sedunia, apa kata pertimbangkan dalam perancangan percutian anda untuk ke destinasi yang sering menjadi tumpuan mamalia ini iaitu di Australia Barat.
Ini kerana kunjungan ke sana membuka peluang untuk anda menyaksikan musim migrasi paus terpanjang di dunia yang luar biasa.
BACA LAGI: [VIDEO] 'Panggil semua pemain keluar', apa Aleksandar Cvetkovic buat bikin fans Sri Pahang terharu
BACA LAGI: Lenjan KDN 7 gol tanpa balas, fans samakan Perak persis Liverpool
Banyak spesies paus dijangka ditemui sepanjang pantai Australia Barat dengan jelas.
Dari perairan selatan yang sejuk ke laut tropika yang panas, ia menjadikan Australia Barat sebagai destinasi terdekat bagi rakyat Malaysia untuk memahat memori istimewa itu.
Bahkan menyaksikan fenomena hebat tersebut hanya mengambil masa penerbangan lima jam dari Kuala Lumpur ke Perth, Australia.
Banyak spesies paus dijangka ditemui sepanjang pantai Australia Barat dengan pandangan yang jelas.
Malah, pengunjung berpeluang untuk menyaksikan sirip yang menyentuh permukaan air, libasan ekornya yang menghempas air laut atau lompatan seekor paus gergasi yang keluar dari permukaan air.
Sama ada bercuti bersama keluarga, rakan, atau menempuh pengembaraan solo yang tidak dapat dilupakan, negara tersebut menawarkan pengalaman yang tidak akan dilupakan untuk semua orang.
Berikut adalah panduan untuk menemui gergasi laut yang megah sekitar 13,000 kilometer (km) di Australia Barat.
Kawasan perairan Teluk Bremer menyambut perkumpulan orca terbesar .
Teluk Bremer
Teluk Bremer di pantai selatan Australia Barat menawarkan salah satu pengalaman alam yang paling mendebarkan di dunia.
Bermula Januari hingga April, kawasan perairan hemisfera selatan tersebut menyambut perkumpulan orca terbesar.
Selain itu, gaung Bremer yang sedalam 5,000 meter itu menjadi tempat mencari makan bagi ikan paus pembunuh ini, ia menawarkan pengalaman langsung untuk menyaksikan salah satu fenomena alam yang paling mendebarkan.
Turut ditawarkan, ekspedisi maritim bersama Naturaliste Charters atau Whale Watch Western Australia untuk menyaksikan keghairahan paus tersebut sedang makan, sambil melihat hidupan liar lain seperti paus sperma, ikan lumba-lumba, dan burung.
Setiap tahun, hampir 40,000 paus humpback memulakan migrasi epik dari perairan sejuk Antartika ke laut tropika Kimberley sehinggakan, terdapat nama pantai Australia Barat yang disebut sebagai ‘jalan raya humpback’.
Paus Bungkuk di luar pantai Semenanjung Dampier.
Pantai Perth
Di luar pantai Perth, mamalia yang biasanya bergerak berkumpulan itu mula bermigrasi ke utara seawal bulan Mei dan dapat dilihat kembali ke selatan antara September hingga Disember. Pelancong akan dapat melihatnya melalui pusat pemerhatian paus popular di kawasan Margaret River, Augusta, Busselton, dan Dunsborough.
Sepanjang tempoh Jun hingga November, mamalia gergasi itu dapat dilihat sepanjang Pantai Coral ketika bergerak ke utara dan selatan di pantai Geraldton dan Kalbarri.
Terumbu Ningaloo di wilayah Pantai Coral menjadi salah satu lokasi terbaik di dunia untuk berenang bersama mamalia luar biasa ini.
Pantai Kimberley
Pantai Kimberley di wilayah Barat Laut Australia pula menjadi destinasi akhir kumpulan ikan besar itu di mana Taman Marin Camden Sound adalah tempat pembiakan paus humpback terbesar di Hemisfera Selatan.
Aktiviti lain yang turut ada adalah snorkeling di Terumbu Ningaloo di wilayah Pantai Coral Australia Barat yang menjadi antara lokasi terbaik di dunia untuk anda berenang bersama mamalia luar biasa ini.
Oleh itu, mulakan pengembaraan yang tidak akan anda lupakan bersama-sama Whale Watch Western Australia, satu-satunya syarikat yang menawarkan peluang untuk menemui Paus Biru di Australia.
Ekspedisi anda bersama insan tersayang pastinya merakam pengalaman dan perkongsian untuk generasi akan datang serta menyimpan 1001 kenangan serta teruja dengan kehebatan paus, juga biodiversiti yang kaya di planet bumi.— Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram