[VIDEO] Gelagat anak Bella lawat Parlimen bersama Syed Saddiq curi perhatian, Ayden suara hasrat ingin bantu rakyat Gaza


  • Relaks
  • Jumaat, 28 Feb 2025

Kehadiran Bella ditemani anak sulungnya, Ayden pada Khamis meraih perhatian ramai.

SABAN hari, gelagat mesra Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan pelakon, Bella Astillah semakin kerap menjadi bualan.

Biarpun umum tahu kedua-dua personaliti popular itu rancak tampil di media sosial atas dasar tanggungjawab mempromosikan jualan baju raya sebuah jenama, namun ramai menaruh harapan untuk melihat mereka ke fasa lebih jauh dalam perhubungan peribadi.

Lebih menarik, majoriti warga maya juga seolah-olah 'merestui' hubungan itu dan dikhabarkan ramai tersenyum sendiri menonton kemesraan dua individu tersebut di media sosial.

BACA LAGI: Bella Astillah rupanya bersahabat baik dengan Syed Saddiq, kongsi mesej kekeluargaan dalam lagu ‘Tapi Bukan Denganmu’

BACA LAGI: Versi lebih 'nakal', lagu Herman Tino 'Mengapa Dikenang Mengapa Difikir' dapat sentuhan magis Monoloque

Selepas Gunung Kinabalu, Syed Saddiq, 32, pada Khamis membawa Bella, 31, menawan hati 'warga' Parlimen dengan ditemani anak sulungnya, Mohamed Ayden Adrean Mohammad Aliff.

Kehadiran Bella disambut mesra apabila bukan hanya kakitangan Parlimen, malah beberapa ahli Parlimen dilihat mengambil peluang beramah mesra serta merakam gambar kenangan bersama pelakon dan penyanyi kelahiran Sandakan, Sabah itu.

Malah kemunculan Ayden juga berjaya mencuti hati orang ramai dengan keletah bersahaja dan kebijaksanaannya berbicara.

Menerusi video tular yang dikongsikan di aplikasi TikTok, meski baru berusia lapan tahun, Ayden sudah pintar bercerita tentang keprihatinan terhadap rakyat Gaza.

Majoriti warga maya juga dikatakan seolah-olah 'merestui' hubungan Syed Saddiq (kiri) dan Bella.

Katanya, dia ingin membantu dan berjuang untuk penduduk di Gaza apabila dewasa kelak.

"Saya tahu perkembangan di Gaza semasa usia enam tahun, cikgu ceritakan tentang apa yang berlaku di Gaza.

"Apabila besar, saya mahu bantu orang di Gaza," ujarnya.

Jika Ayden hadir lengkap berpakaian sut, ibunya pula tampil manis mengenakan baju kurung berona sedondon dengan Syed Saddiq yang segak berbaju Melayu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram