Bella Astillah rupanya bersahabat baik dengan Syed Saddiq, kongsi mesej kekeluargaan dalam lagu ‘Tapi Bukan Denganmu’


  • Hiburan
  • Jumaat, 04 Okt 2024

Bella Astillah melancarkan muzik video lagu terbaharunya yang berjudul Tapi Bukan Denganmu.

PELAKON dan penyanyi Bella Astillah, 30, semakin mengorak langkah dalam industri muzik tanah air apabila melancarkan muzik video lagu baharunya yang bertajuk Tapi Bukan Denganmu.

Merupakan penulis lirik dan pengarah muzik videonya sendiri, Bella menganggap ia sebagai karya paling ikhlas pernah dihasilkan sejak menceburkan diri dalam nyanyian.

Katanya, lagu tersebut membawa mesej kekeluargaan yang cukup padat dan sinonim dengan situasi masyarakat pada hari ini.

BACA LAGI: Lagu hampir 10 juta views di YouTube, imej botak Tantari bukan kerana Achey, sebaliknya angkara Azizulhasni Awang

BACA LAGI: Versi lebih 'nakal', lagu Herman Tino 'Mengapa Dikenang Mengapa Difikir' dapat sentuhan magis Monoloque

“Lagu Tapi Bukan Denganmu menceritakan tentang kekeluargaan, saya nak beri semangat kepada semua individu di luar sana yang pernah berdepan kesukaran dalam hidup untuk terus maju ke hadapan.

“Kebahagiaan sebenar adalah keluarga, itu yang paling utama dalam hidup ini sebenarnya, bukannya kekayaan atau perkara lain.

“Memang ada sebahagian daripada plot dan lirik lagu ini diambil dari pengalaman hitam saya, jadi ia dihasilkan dengan perasaan ikhlas khas buat pendengar di luar sana,” katanya kepada Majoriti.

Dalam pada itu, penampilan istimewa Syed Saddiq sebagai pelakon dalam muzik video itu menarik perhatian penonton yang rata-ratanya amat mengalu-alukan kedatangan ahli politik tersebut ke dalam industri seni tempatan.

Muncul di salah satu babak dalam muzik video tersebut, ia merupakan penampilan pertama Saddiq sebagai pelakon yang sebelum ini hanya dikenali dalam arena politik negara.

Mengulas lanjut akan perkara itu, Bella menjelaskan bahawa dia dan Saddiq merupakan sahabat baik dan sering melakukan aktiviti rekreasi bersama.

“Saya dan Syed Saddiq memang baik dan kami sering bermain badminton bersama, dia pun memang seorang yang sangat aktif dan saya senang bekerja dengan dia.

“Dalam muzik video pun Saddiq memainkan watak sebagai seorang doktor, saya terfikir memang nak cari seseorang yang berpenampilan nampak bijak, jadi itu yang saya minta bantuan dia, lagipun memang betul dia bijak.

“Syukur sangat-sangat Saddiq sudi terima tawaran saya, saya berterima kasih padanya sebab muncul dalam muzik video saya,” katanya.

WhatsApp Image 2024-10-04 at 20.35.12

Penampilan Syed Saddiq dalam muzik video Tapi Bukan Denganmu nyanyian Bella Astillah.

Bella ketika ditemui pada majlis pelancaran muzik videonya di TRX Exchange, Kuala Lumpur pada Jumaat turut merakamkan penghargaan terhadap ibunya, Eina Astillah yang sentiasa memberikan sokongan tanpa henti padanya.

Beberapa lagi pelakon terkenal turut terlibat sama dalam muzik video berkenaan antaranya, Mawar Rashid, Muaz Zabir, Ellie Suriyaty dan lain-lain. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram