
JENAMA pakaian kerja dan gaya hidup terkemuka, G2000 mengumumkan kolaborasi bersama Tudung Fazura, jenama yang diasaskan usahawan selebriti, Nur Fazura.
Seiring dengan tradisi rekaan Tudung Fazura Black Label, koleksi diberi nama Suave itu mengekalkan nilai estetik mewah dengan perincian rapi, kemas dan menawan.
Koleksi eksklusif Suave Black Label, yang dilancarkan bersama koleksi Spring/Summer 2025 G2000, Be Bold, Be Seen membawa satu babak baharu dalam fesyen profesional yang menekankan keserbagunaan, keyakinan dan individualiti.
BACA LAGI: Dihujani ucapan tahniah, puteri sulung Daphne Iking terima biasiswa ijazah sarjana muda
BACA LAGI: Tempias trend boikot beri 'keuntungan' buat Zlay, pelanggan beralih jenama lokal
Koleksi Tudung Fazura Black Label direka bagi menonjolkan aura profesionalisme wanita bekerja. — G2000 x Fazura
Simbol keanggunan
Kerjasama antara G2000 dan Tudung Fazura muncul daripada visi yang sama untuk mentakrifkan semula pakaian kerja dengan mengintegrasikan elemen fesyen sopan.
Menurut Fazura, kerjasama itu terhasil atas penghargaan beliau terhadap komitmen jenama berkenaan dalam menyediakan pakaian kerja yang berkualiti tinggi, selesa dan bergaya.
“Koleksi Suave direka bagi menonjolkan aura profesionalisme wanita bekerja dan sangat sesuai dipadankan dengan rekaan menarik daripada koleksi Spring/Summer 2025 G2000,” katanya dalam satu kenyataan.
Tidak hanya menggambarkan keharmonian antara tradisi dan fesyen moden di tempat kerja, koleksi Suave Black Label juga berupaya mencerminkan keyakinan serta pemerkasaan diri wanita.
Koleksi Spring/Summer 2025 G2000 mengambil inspirasi daripada fesyen nautika. — G2000 x Fazura
Koleksi Suave Black Label menampilkan 10 rekaan tudung dalam pelbagai warna dengan tona lembut dan pencorakan halus, sesuai digayakan ke majlis rasmi mahupun ke pejabat.
Diperbuat daripada fabrik satin matte, setiap tudung melengkapi gaya hidup profesional moden.
G2000 x Tudung Fazura boleh digayakan sebagai hijab tradisional untuk menghadiri acara formal atau sebagai skaf dililit ke leher bagi menyerlahkan aura pemakaian sut, menjadikannya simbol kemewahan dan elegan.
Lebih daripada sekadar aksesori, koleksi tersebut merupakan satu keperluan dalam almari pakaian, sekali gus membuktikan bahawa fesyen sopan juga boleh dianggap bergaya.
G2000 x Tudung Fazura boleh digayakan dalam pelbagai acara formal dan tidak formal. — G2000 x Fazura
Be Bold, Be Seen
Melengkapi aksesori berkelas itu, koleksi Spring/Summer 2025 G2000 mengambil inspirasi daripada fesyen nautika dengan menawarkan pendekatan segar namun sofistikated kepada pakaian profesional.
Antara item utama dalam koleksi tersebut termasuk Blazer Weekend Fit yang mentakrifkan semula keanggunan santai.
Fabrik campuran bulu musim panas yang ringan memastikan anda kekal sejuk, walaupun pada hari yang panas.
Selain itu, koleksi itu juga menampilkan fabrik bersalut teflon yang menangkis kotoran dan air, memastikan penampilan rapi sepanjang hari.
Teknologi ion perak antibakteria memastikan anda berasa segar, sementara fabrik dengan regangan pelbagai arah bergerak dengan lancar di setiap langkah.
G2000 juga memperkenalkan sut dan kemeja yang boleh dibasuh mesin dan cepat kering, memberikan kemudahan untuk wanita profesional menghargai gaya dan praktikaliti. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram